Sunday, July 31, 2011

Nak Makan Tapi...

Salam semua

tetiba pulak aku kepingan nak makan puding roti
Ish ish ish
dah kenaa dengan aku nih
esok dah nak puasa
malam nih nak makan puding pulak
kalau mak aku ada kan senang
huhuhuu
cakap je nak makan
mesti mak aku buatkan walau pun mesti mak aku 'berbunyi' skit heheh
so
aku pun setat google lah
mencari resipi macam mana nak buat puding roti nih
aku dah dapat kat satu blog nih
aku tengok simple je resipi dia
bahan-bahan nak buat pun sikit je
ingatkan complicated nak buat
nih resipinya :

roti ( apa-apa brand pun boleh ) - kat dapur aku ada roti gardenia 4 keping
2 biji telur - nih pun ada dalam peti sejuk aku
1 1/4 cawan susu cair - nih pun ada dalam peti sejuk
1 sudu butter - nih pun ada gak
3 sudu gula - nih lagi la dah memang ada
kismis untuk tabur - nih tade tapi takpe
1/2 sudu esen vanila - nih tade klu tade pun takpe kot

tengok!
semua bahan-bahan dah ada kat dapur aku
cara buat pun senang je
campur esen vanila, telur, gula dan susu cair sampai sebati
then potong dadu roti pastuh letak dalam bekas pembakar
pastuh tuang je campuran susu+++ tadi kat atas roti dalam bekas pembakar tuh
then tabur kismis dan butter
pastuh letak dalam oven 106 darjah untuk 30 minit - oven pun dah ada kat dapur =p
hasilnya?.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
dan jangan ingat la aku nih rajin nak buat
.
.
.
.
.
.

huhuu
nak makan
tapi malas!

Saturday, July 30, 2011

Birthday Party

bila kali terakhir anda pergi ke birthday party?
maksud aku..a real birthday party?
kukihkukihkukih

tak silap aku last masa aku darjah enam kot
tapi tak termasuk birthday party yang disambut di rumah yee
ini birthday party kanak-kanak yang dicelebrate di luar

hahaa
birthday party nih sepatutnya aku dah hapdate dah lama
tapi baru sekarang aku nak hapdate

happy birthday to Aiman!!
anak teruna Tina
dah setahun
=)

birthday party Aiman nih sambut kat
A&W depan Amcorp Mall
mama Aiman dah text aku
majlis setat dari pukul 2:30 - 4:00 pm
tapi disebabkan ada perkara-perkara yang tidak dingini
aku sampai dah pukul 3:45 pm
haish!!
sorry Tina and birthday boy Aiman..unty sampai lambat
sebabnya pukul 5 lepas tuh ada birthday orang lain plak
so
tak dapat la aku nak merasa feel partynya
huhuu
takpe2
sekurang-kurangnya dah boleh pecah rekod
dah lama tak pegi birthday party
tak sempat jumpa bear A&W!!
=)


Unty Dila tengah makan ayam

nih Ishraf..anak Shima


birthday boy Aiman =)


Unty Dila tengah amik berkat =)


Mmuuaahhhhh!!



Aarrgkkkk...Aiman tak leh pakai nih



PENJARA SG UDANG MELAKA

hye tawan-tawan =)

kali nih aku nak berkongsi rasa,pengalaman,perasaan dll dengan korang


hari Khamis yang lepas yakni bersamaan dengan 14 Julai 2011
(mcm karangan tingkatan 2 plak)
aku ke Melaka
dengan penolong aku
tujuan aku pi Melaka nak tengok/survey/nilai
Projek Pengkomposan di Penjara Sungai Udang Melaka
projek pengkomposan nih aku difahamkan dah dilaksanakan dari bulan Januari 2011

so
sepanjang perjalanan aku nak ke Melaka
aku tade lah neves sangat
rasa besa-besa saja
mungkin sebab aku pun penat sebab hari Rabu baru je sampai dari Kuantan
rasa teruja nak g Penjara pun tade
aku tido je dalam keta kerajaan yang telah disediakan =)

lebey kurang pukul 12:30 pm
aku sampai di Penjara Sungai Udang
wakil pegawai pejabat cawangan Melaka pun ada ikut aku sekali
ntah macam mana
datang dari mana
angin tade ribut tade (menambah cerita heheh)
tetiba plak jantung aku nih
alahai!!!
nampak je pintu gate Penjara tuh
gulp!
neves nak mam****


kami dapat melepasi pintu gate pertama iaitu guard house
masuk je kawasan penjara tuh
aku nampak bangunan Pusat Pameran
di situ tempat yang kami tuju
so
sebelum menunggu warden yang bertanggungjawab menjaga projek
aku dan team di bawa masuk ke dalam pusat pameran
macam-macam kraf tangan ada kat situ
kebanyakannya hasil rotan
ada pegawai yang bagi keterangan sikit la pada kami
semua kraftangan dalam pameran tuh hasil kerja para banduan di situ
KREATIF! dan sangat teliti
simple word yang boleh aku katakan
BAKAT DARI YANG MAHA ESA =)

sambil tengok-tengok kraftangan tuh
che wan..warden yang ditunggu-tunggu
che wan bawa aku dan team ke bilik projek pengkomposan
Bilik RnD projek pengkomposan nih satu bangunan dengan pusat pameran
kiranya..aku dan team tak perlu la buat lawatan sampai ke 'dalam' penjara rupanya
sekadar melawat di pusat pameran tuh je la
ok!
tak payah neves mebey-lebey !

lepas tengok bilik R&D tuh
kami di bawa melawat ke tapak yang telah menggunakan baja kompos nih
masa kat tapak baja tuh
ada 6 orang lelaki sedang potong rumput
" tuh banduan kategori dah baik "... ayat che wan kepada kami
masa kat tapak baja tuh sepatutnya aku dan team
kena demo something untuk pengkomposan nih
tapi ada barang tertinggal dan terpaksalah tunggu staff cawangan Melaka hantar barang
perjalanan amik masa setengah jam jugak
che wan ajak aku dan team untuk lunch dulu la sementara tunggu barang sampai
che wan ajak makan kat kantin pegawai

nak sampai ke kantin pegawai tuh kena naik keta
nak jalan kaki agak jauh jugak la
kawasan penjara nih luas
ada masjid dan kuarters yang sangat cantik
aku dan team follow dari belakang keta che wan
sampai kat satu bangunan nih yang tembok sangat lah tinggi
dah parking apa suma
turun je dari keta
che wan.: "hp...rokok..beg sila tinggalkan dalam keta..jgn bawa masuk ye"
aku : "nk g makan je kan? kenapa tak leh bawa?"
che wan : "yela nak g makan kat dalam nih"..sambil jari telunjuk menunjukkan ke arah
tembok penjara!
gulp lagik sekali!

haaa
aku dah mula datang meroyan aku dah
neves tak tentu pasal
takut pun ada
staff aku pun muka dah kecut
aku bila tengok muka dia dah kecut aku lagik la..staff aku tuh lelaki!
takut ada..seronok sikit pun ada hehee..selalu tengok dalam TV je
kali nih dapat tengok dengan mata sendiri

ok
pintu pertama bila aku masuk
ada pengawal la
kena check dulu sapa yang nak masuk
bila pengawal dah check apa bagai
masuk ke pintu kedua
masa nak ke pintu nombor dua nih
mak aiiiii
kecut jugak aku
dah masuk ke pintu nombor 2
kena tulis nama, ic dan tujuan dalam buku log
dah tulis apa semua
kena jalan lagi nak menuju ke kantin
dalam kepala otak aku nih
dok terbayang-bayang
masa tuh waktu lunch
makan kat kantin dalam penjara
macam mana keadaan..aku tertanya2 jugak..masa lunch tuh SEMUA lunch sekali ke?

nak ke kantin tuh ada la dalam 2 minit lepas pintu nombor 2 tuh
bila sampai je
owhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
kantin untuk pegawai je
buat suspen jek
tapi
tukang masak
hantar air
hantar makanan
semuanya banduan
tapi mereka tuh hanya tinggal lagik 6 atau 8 bulan je lagi nak dibebaskan

aku dan team order keow teow goreng
sambil-sambil nak tunggu makanan sampai
aku dapat la lihat sekeliling
benda yang pertama aku dapat tengok
sekumpulan anak muda berpakaian warna ungu sedang berbaris
baris untuk makan...
sepatutnya makanan banduan dihantar ke dalam sel
tapi yang nih makan di luar sel
sebabnya warna ungu adalah untuk kategori disabitkan kesalahan belum dijatuhkan hukuman
so boleh kalau nak makan di luar sel
tapi bila tengok cara diorang makan
kesian pun ada
makanan dalam bekas makanan ( bekas yang elok la) dan hanya makan di tepi longkang
bersila atas lantai..ada yang makan mencangkung pun ada
kemudian che wan explain kat kitaorang
ada peringkat warna untuk banduan
ungu - disabitkan kesalahan
putih - pertama kali (junior)
merah - kali kedua masuk penjara
hijau ( nih terlupa aku nak tanya untuk berapa tahun )
biru ( nih pun sama terlupa nak tanya =p )
blue suit - super senior
orange - banduan akhir ( hukuman gantung )

pastuh menurut che wan pulak
menu makanan untuk banduan akhir selalunya special sikit
kalau lauk selalunya ikan yang takde tulang
ayam pun bahagian isi
macam nak 'psiko' banduan tuh la..untuk relakskan dia...
tapi che wan cakap
untuk banduan akhir nih
macam mana bekas makanan sebelum di beri kepada banduan..macam tuh jugaklah selepas di kutip dari banduan
maknanya makanan tuh tak terusik langsung
sebak aku bila dengar
bila dah tau hari kematian...masih ada selera ke untuk makan? =(

majoriti kes kat situ adalah seksual
90% adalah Melayu =(
lingkungan umur 30 - 50
Tertuduh untuk kes Datuk Sosilawati pun ada kat situ

sambil-sambil tengok sekeliling
kuey teow goreng yang kami order pun dah sampai
aku sempat jugak melihat wajah banduan yang hantar makanan tuh
tunduk je pandangan dia
bila aku tengok wajah dia terus aku terbayang family diorang macam mana
apa perasaan family diorang
atas kesalahan apa dia dimasukkan ke situ

mungkin diorang pernah melakukan kesalahan
sudah dan sedang menjalankan hukuman atas kesalahan diorang
bagi kita yang diluar nih
syukur lah atas kehidupan yang sedang kita jalani
hargai orang di sekeliling kita
fikir panjang untuk melakukan sesuatu
ingat mak dan ayah
keluarga

bila dah habis makan
aku dan team pun keluar dari kawasan kantin penjara tuh
bila di luar pintu pertama yang aku masuk tadi
ada sebuah kereta
dan dalam kereta tuh
aku nampak seorang mak cik menangis teresak-esak
mungkin ada seseorang yang dia kenal ada dalam penjara tuh
aku sebak......
minta dijauhkan....amin

jangan hanya kerana nafsu
kita sia-siakan hidup kita

Thursday, July 28, 2011

Dah Nak Puasa Ghupenye

hello tawan-tawan

jap nak mengeliat hiyarkkkkk aarrgghhhhh eerrkkkkk! opps! heheee

perghh rasa macam dah lama gila tak masuk opish ceh pada hal baru 3 hari huhuu blog nih pun lama tak hapdate. Aku baru balik dari Cherating ada kursus ISO 9001:2008 untuk auditor dalaman. Gila best penceramah kali nih. Baru la aku faham apakebendanya semua pasal ISO nih dan macam mana nak jadi auditor dalaman yang terer ^_^v dan paling penting macam mana nak buat penulisan laporan penemuan audit jadik bombastik kebabommmm!!

Sebelum nih bukannya takde taklimat atau class pasal ISO nih tapi penceramahnya sangat formal dan seyes aku tak faham sangat tapi setiap orang ada cara masing-masing kan. Aku tak leh la nak compare kan. Tak faham tapi tak nak tanya! Ape la aku. Hohohoo..tutup cerita ISO nih.
p/s : aku bukan profesional auditor tau. Aku Pegawai Kawalan Alam Sekitar. Aku dilantik jadi auditor dalaman heh heh heh.

Sekarang time lunch kat opis. Lepas taip-taip nih aku nak tido hehehe. Pagi tadi aku sampai lewat gilerrrr kukihkukih....pagi tadi kan hujan memang malas gila nak bangun! Saja lewatkan diri bukan terlewat kukihkukihkukihh. Haippp sapa-sapa jangan report kat bos aku =p . Lewat skit je dalam 30 minit thehehehe...

Entry untuk kali nih adalah saja-saja muahahaha..saja nak menaip dah lama tak memeriahkan diari letronik aku nih. Owhh..Isnin nih dah 1 Ramadhan.Cepat betul kan masa berlalu. Hari Isnin nih juga 1st time aku posa sorang-sorang kat rumah huhu -_-' sob sob sob. Dulu ada abah aku teman kan sebabnya abah aku keja kat Kolumpo sekarang abah aku dah pencen so dah balik menetap kat Alor Star dengan mak aku. Dulu time nak berbuka mesti abah aku dah belikan lauk-pauk nak berbuka. So sekarang nih aku sorang-sorang la. Time nak sahur nanti mesti lagik sunyi kan huhuuu ( alamak air mata dah bergenang..lap laju-laju nanti orang nampak =p ).

Takpe-takpe aku nak think positive bak kata omputih..mungkin bila dah tinggal sorang-sorang nih aku boleh control keinginan makan aku cewahhh. Mana tau aku selama sebulan nih berbuka dengan air kosong + kurma + roti je. Boleh ke? muahahaha..badan boleh kurus duit pun manyak save kukihkukihkukihh. Weekend je berbuka sedap-sedap dengan Mista Rango.

Esok Sabtu! yehaaaaa...err terlupa untuk minggu nih takde aktiviti. Mista Rango plak tade. Hmmm apa mau buat?

Wednesday, July 20, 2011

suchi kan hati



...... ikhlas yang kita beri.......
ikhlas juga yang kita akan dapat =)

Saturday, July 9, 2011

B.E.R.S.E.H

saya di larang keluar rumah pada hari ini
.
.
.
.
.

Wednesday, July 6, 2011

Phheewww !!

Haluuuu

wow!! jap nak lap peluh kat dahi =p

Tengah buat list to do untuk bulan Julai nih. Bila di amati botul-botul a.k.a analisis hmmm aku buleh buat formula nih :

JULAI = BULAN JALAN-JALAN ^_^v

Hehehee peace!!

Jalan-jalan sambil bekerja sambil makan angin sangat suka! Sebabnya tak de lah terperap sangat kat opis nih. Hoyeeeyyyyy!! Aku outstation sebab kena buat audit...AUDIT?? What?? Memang aku tak minat tapi nak buat macam mana sudah tanggungjawab menjadi auditor dalaman -_-.

Aaahhhh tak kisahlah audit ke apa ke janji bulan nih dapat keluar opis hehhee..bos jangan marah ye sekali sekala jerrrr.

Meh aku list kan aku kena kemana :-

BusyBee Schedule ( busy keww?? )

11 - 13 Julai 2011 : Audit Kuantan Pahang

14 Julai 2011 : Melaka....g melawat penjara Sg Udang nak tengok pengkomposan
(persediaan untuk 19 - 21 Julai 2011)

19 - 21 Julai 2011 : Melaka lagi sekali sebab 3 orang Jepun dari wakil JICA (Japan International
Coorperation Agency) turun nak g melawat makam Hang Tuah =p

26 - 28 Julai 2011 : Kuantan lagi sekali! ada kursus Audit kat Cherating -_-

Hahahaha tapi kan bila aku tengok balik p mai p mai kot tu ja aku p..kuantan-melaka-kuantan. Tak kisah janji keluar! Tak dok opis!...Kadang-kadang tuh kena keluar opis jugak untuk dapatkan idea baru ahaks! Alasan!......

p/s : errrrr nk g jejalan nih...puasa sebenarnya aku tak habis ganti lagik!! Heeeeeee


Saturday, July 2, 2011

S.A.T.U.R.D.A.Y

Yeayy talk about Saturday

Of cos la bangun lewat yang amat sebab SATURDAY..tak kelija
Bila bangun je baru je teringat hari nih ada aktiviti mau di lakukan
Hari nih opismate aku Adilah bertunang ^_^v
Majlis dia setat pukul 3...so lagi la malas aku nak tinggalkan katil aku
Bila majlis setat pukul 3 maknanya boleh lah aku keluar rumah dalam pukul 12 cmtuh

Mista Rango dari pukul 8:30 suda text aku suh bangun
Call aku boleh katakan ada dalam seploh kali suh aku bangun
Sebabnya aku tak tau rumah Dila nih kat mana
So campur tolak sesat..Mista Rango takut sampai lambat

Ok2...dah mandi mekap apa bagai
Ohh sebelum tuh aku nak pakai tudung ala Hana Tajima
Tapi tak jadi!!
Aku benci! hahaha Bila pakai style hana tuh
Aku rasa macam lagi debab!!
So last2 aku pakai tudung awning yang besa tuh je.hampeh!!

Ok berbekalkan peta a.k.a pelan a.k.a arah
yang telah dilakarkan oleh Dila
seperti di bawah


Bila dibelek-belek
Mista Rango macam pening bila tengok penunjuk arah tersebut
Aku lagi la tak tau jalan
Rumah majlis kat area Puncak Alam
Alam budiman tak silap aku
Berlaku "berdebat"dan "bercakau"jugak la
antara Mista Rango dan aku -__-
S.E.S.A.T
Tapi sebenarnya Mista Rango tau jalan
Saja je
Mista Rango ak.a GPS bergerak
Lepas sampai rumah Dila
Kami pun berbaik semula
=p
(Mista Rango kena berbaik dengan aku klu tak kena tinggal nnt hahah)



Bila dah masuk umah
Salam-salam ngan tuan umah la
Kalau dah namanya perempuan
Bila dah sampai
biasala
Kalau tak bilik pengantin nk p tgk dlu
Pelamin nk tgk jgk
Hantaran pun tak ketinggalan
hehehe



Aku
temankan Dila dalam bilik
sambil menunggu
Sang Putera Dila datang =)
Bila dah dalam bilik
Ambil gambar leeee
a.k.a amik berkat =p
Dila sangat comel dan sweet je
Tema purple
Suka tengok Dila bila bermekap cantik cmtuh
Sebab Dila nih simple orangnya
Bila dia pakai mekap
WoW! Lain muka dia
Suka suka suka
hehehe


Dila nih satu Jabatan dengan aku
Dia jurutera =)
suka gambar bawah nih


Aku pun nak jugak begambo hehe



sang puteri sedang menunggu sang putera datang melamar



iklan


Rombongan sebelah lelaki tiba dalam pukul 4
selepas sesi berbincang
acara yang dtunggu-tunggu
sarung cincin
Adila yang bertunang
aku pulak yang neves lebey
heheheee




Saya dah bertunang....kata Dila hehehe
Tahniah....



sweet....



Bila majlis suma dah selesai
tetiba
Mista Rango text
ada ular sawa
hahahaha
adik si Dila
membela ular sawa!!!
yang baby punya
tapi yg baby pun
EEeeeeeeee geli


Mista Rango yang confident
pegang ular
ala-ala rambo la konon!
=p
eleehhh saja berlakon depan aku je tuh
nak tunjuk macho
cuba ular besar lengan dia
berani nak pegang??
hahahhah



Dila....happy for you dear =)
KPI hang untuk tahun nih
hampir tercapai =)
Alhamdulillah =)

Aku n Mista Rango balik dalam pukul 6 cmtuh
Lepas sesi
salam-salam
dengan tuan rumah
on the way nak ke kereta
aku dengan lahapnya
berkata:
"ehmmmm jum kita p Murni...heeeeee"

Murni nih tempat makan
tempat dia kat SS2 petaling jaya
Murni ss2
aku suka makan kat situ
Thanks to my fren Suree yang introduce aku dengan tempat tuh
makanan best2 dan sangat sedap

Mista Rango mengaku dia makan sikit kat majlis Dila
sebab dia malu-malu =p
so..apo lagik
balik dari rumah Dila
Ktorang terus singgah Murni SS2

Suka dengan makanan kat situ
sampai pening pikior nak makan apa


tengah cari idea
nak makan apa


kat Murni nih
nama menu dia pelik-pelik
tapi senang nak ingat
cuba tengok nama-nama air kat bawah nih
hehe
aku order Don't Worry
Mista Rango order Fair Lady
=)



tempat nih bukak on 6 p.m
sangat penuh bila dah time dinner

sambil tunggu makanan sampai



Yeayy air dah sampai


sila abaikan mulut kembung


nih aku punya
yee mee kantonis



nih mista rango punya
sizzling beef steak


Ehmmmm
pastuh kan
nak tau dak?
aku kan...
aku kan...
order lagik
sebab teringin nak rasa makanan nih
rasa je
hehee
aku order
Roti Hawaii


Hehehee
banyaknya aku makan
Mista Rango pun tolong makan
sebenarnya
semalam pun kami makan kat situ
semalam lepas opis terus datang situ
semalam Mista Rango makan
Dragon Pizza


dan
faveret aku
kat Murni nih
Mee Raja!!!
Maveles!
memang aku suka!!


Hehehee
berat naik laaaaaa
=p


Hmmmm
sekarang dah pukul 1 pagi lebey
dah hari ahad pun
=(
jap lagi
nak kena bangun awal
sebabnya aku ada demonstrasi pengkomposan
kat area Kajang
hmmmm
aku cuba bagi tau kat diri aku supaya
IKHLAS BEKERJA
huhuu
orang lain rehat g jalan-jalan d hari ahad
aku
kena kerja
tapi
bila aku tengok staff aku
sangat bersemangat
aku pun tak leh nak sikap macam nih
hmmmm
semangat!
pengurusan tertinggi
tau tak aku dan staff aku nih
dah banyak kali kena kerja time weekend?
bee...
jangan mengungkit
memang tugas hang!
berkhidmat untuk rakyat
rakyat didahulukan!

Apsal tetiba aku emo dalam entry nih
bbluueekk!
Tak suka!
Buatlah aktiviti time hari bekerja
huhuuuu
bila tak ikhlas macam nih
nanti hasil pun nampak tak cantik
hmmmm
susahnya
.
.
.
.
.

p/s : IKHLAS YANG KITA BAGI IKHLAS JUGA YANG KITA AKAN DAPAT........


Friday, July 1, 2011

My New Passion! Part III

Jap..Jap...nak pi ambil penyapu sawang, hampagas, bulu ayam, penyodok sampah, plastik sampah dan air-freshener bau lavender *** jum! bersih kan belog =p

Ahaha..halo..phewww lamanya tak hapdate belog nih. Maaflah sibuk sikit ( bblluueekkkk!! ) Reason tak update belog sekian lama = TIADA hhaa :p .....

Ok2...mari hidupkan balik belog cik Bee nih~~~

Entry yang lepas-lepas ada aku ceritakan about my new passion SCUBA DIVING ^^ . So aku dah update mengenai apa itu scuba dan apa equipment yang perlu digunapakai :p ...haishhh sekarang nih aku tengah berusaha keras untuk savings nak beli peralatan scuba nih sebabnya InsyaAllah bulan 4 tahun depan aku dan geng2 opis aku akan amik lesen kat Pulau Perhentian di Alu-Alu Divers. Peralatan scuba nih bukannya mureh-mureh...huhuu aku nak savings sampai tahap aku tak nak beli kasut baru..kasut aku baru-baru nih terputus so nak jimat punya pasai tak nak beli kasut baru aku p je tukang kasut tepi jalan tuh untuk jahit kasut aku which it cost me about RM6.00 ^_^v ....hmmmm lantak! Janji masih buleh pakai =p deymmm ( tapi seyesly aku kesian tengok diri aku nih..Pegawai Kerajaan pakai kasut buruk g opis =p hahaha. )

Ok2..itu adalah pendahuluan kemelalutan aku. Kali nih aku nak tunjukkan gambar-gambar percutian aku snorkeling dan pre-scuba diving di Pulau Perhentian 29 Apr - 3 Mei 2011...enjoy the pic! ^_^


Pulau Perhentian 29 Apr. - 3 Mei 2011



kami p perhentian naik ketapi chookechooo chookeechoo!!
sebelah aku tuh nama dia hanis surya merangkap roomate
aku kat Pulau nan indah



rombongan cik bee



pekena nescafe tarik dulu dalam ketapi..kawwww



kami makan mee megi kari yang sangat maveles!



nih la mee megi yang kami makan tuh..sedapppppp
mee megi ketapi hahaha



dah nak sampey weyhh mohh kita ready



yeahhh...''the tentera'



nak ke jeti kuala besut naik van


sebelum hitam


dah nak hitam























me!




shark!



nak balik dah



bye~bye Perhentian...next year will be right back InsyaAllah