Friday, December 2, 2011

Cik Bee Masak Di hari Minggu?

Salam

Its Saturday! Yippieee...hari nih nak bermalas-malas sepuas-puasnya after bergelumang dengan longgokan sampah lebih kurang 200 kg setiap hari dari 29 Nov - 2 Dis perrghhh tough kan kerja aku hehehe. Minggu depan sambung balik. Takpe tak kisahla memandangkan minggu nih tade apa aktiviti so aku nak lepak umah je. Baring-baring....ngadap lappy....tengok citer hindustan...pastuh jap lagi nak tidoq hehehe.

Sambil-sambil tengok tv dan ngadap tenet dalam pagi tadi, tetiba terfikir hari nih nak mamam apa ekk? Pagi tadi dah bekpes dengan oat + susu je. Healthy kan bekpes aku? hahaha hakikatnya aku malas nak buat bekpes yang lain. Nak buat half boiled egg pun malas nak tunggu air masak =p.

Pastuh rajin la pulak jari-jari nih pegi menaip ke Resipi.com. Aku sevey resipi kat dalam tuh. Aku nak sevey yang simple-simple je. Kononnya dalam erti kata lain nak masak la hari nih. Resipi 1st yang aku sevey adalah cheese cake. Rupanya tak susah nak buat cheese cake nih. Sonang ajo. Heheheh bila baca memangla senang tapi bila nak buatnya tuh?? =p
Mano la tau aku buleh buat bisnes jual cheese cake ke satu hari nanti? Nak letak dalam azam tahun baru 2012 la. Jadi tokey cheese cake hehehee.

Okai-okai jangan melalut...terus ke agenda yang sebenarnya. Aku sevey kat dua website..satu kat Resipi.com dan satu lagi kat http://arianna100recipeschallenge.blogspot.com (sori to the owner aku just jadi silent reader je hehee hope pemilik blog dont mind..owhh korang pun silalah lawat blog tuh yee). And aku rasa macam nak cuba chicken and brocoli fettuccine dan bila tengok kat Resipi.com plak aku nak cuba white sauce yang boleh dimakan dengan any pasta. Lepas sevey semua resipi..aku decide nak masak pasta je! Aku masak apa yang ada je la ye. Tak ikut 100% pun. Dalam peti sejuk pun dah ada spagetti. Semalam pun aku sempat singgah pasar malam dan belilah sikit brokoli, udang, fish ball.

So? Jom masak!

a) Untuk white sauce

bahan-bahannya :
1. Tepung gandum ( 4 sudu besar )
2. Butter
3. Black pepper
4. Garam
5. Susu segar ( 3 cawan )

Cara nak masak :
1. Panaskan kuali. Then cairkan butter. Sukatannya tak kisahlah. Korang agak-agak je lah. Aku amik dalam 3 sudu better tuh.
2. Lepas butter dah cair masukkan tepung. Kacau hingga sebati kemudian alihkan dari api tau!
3. Tuangkan susu segar kacau dulu bagi sebati then letak balik atas api. Make sure api kecik je.
4. Kacau sehingga pekat kalau terlebih pekat korang tambah air. Rupa dia akan jadi macam kuah mushroom soup kimball tuh hehehe.
5. Then tabur lah garam dan pepper secukup rasa. Dah cukup pekat letak tepi hehehe.

nih la rupanya my white sauce


b) Untuk spagetti

1. Rebus je lah hahaha....letak garam sikit dalam air didihan tuh.


c) Untuk errrr nak letak nama apa hah? Lauk? isi? Topping? Apa-apa pun bleh la

Cara nak masak beserta dengan bahan-bahannya sekali lah ekk ekspress sikit :

Bawang putih dicincang dan 4 biji cili padi.
Sebenarnya cili padi saja aku tambah nak bagi pedas sikit heheh
Korang tumis dua-dua bahan nih.

Bila dah naik bau....masukkan udang. Bila udang dah agak-agak masak
masuk pula brokoli. Then gaul-gaul la skit bagi sebati. Api make sure kecik je.
Pastuh percik-percik sikit pepper dan garam nak bagi rasa =)
Tade udang..ayam pun bolehhh


White sauce pun dah siap
topping pun dah siap
Apa lagi nak makan lah

Cara serving plak :

1. Letak spagetti atas pinggan
2. Kemudian letak white sauce. Letak ala kadar je . Jangan letak macam makan mee sup plak.
3. Letak lah topping udang dan brokoli tuh =)
4. Pastuh kalau nak tabur pepper lagi.
5. Makan!





Tak sangka! Kejap je buat benda nih. Aku setat masak pukul 1...1:30 dah buleh makan. =)

Cuba la!

Nyum.


Thursday, December 1, 2011

SISA

Minggu yang sangat letih. Yes...dua minggu berturut-turut akan bermain dengan sampah! Please la rakyat Malaysia ehhh tolong lah amalkan kitar semula! Dua minggu nih aku kena berkampung di Putrajaya untuk buat kajian komposisi sisa @ sampah di sana. Dah tuh je nak update!

Bye
Emo + Penat