Friday, June 8, 2012

KepadaNya kita kembali...

Al-Fatihah

Malam tadi dapat mesej dari Hetty (officemate) :
"Al-fatihah .. En Amad Mahmud telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..sama-sama kita doakan rohnya dicucuri rahmat" Amin.

Ex-bos aku semasa di Bahagian yang lama sakit sejak tahun 2010. Darah beku di otak kalau tak silap aku. Dimasukkan ke hospital sejak hari Selasa disebabkan koma. Tetapi tiada siapa menduga ajal dan maut telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sejak arwah mendapat rawatan pada penghujung tahun 2010, kesihatan arwah semakin pulih. Kembali bertenaga untuk bekerja. Tetai telah ditentukan...kembali kepada PenciptaNya.

Apa yang aku terkilan baru time lunch tadi aku dan kawan-kawan opis sembang pasal arwah. Macam mana kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital sebab koma. Owh..arwah telah bertukar ke pejabat Johor sebenarnya jadi tiada kesempatan untuk kami pergi melawat.

Aku post kan dalam blog nih mohon sesiapa yang membaca dapat bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah atas dasar saudara sesama muslim.Terima kasih. Al-Fatihah.



Dalam kenangan.....En Amad Mahmud (baju melayu putih)


Friday, June 1, 2012

Tudung

jum kemas

Salam
Buat apa on this weekend? Saturday morning bangun je terus teringat nak kemas almari tudung. Sebab keadaan DI DALAM almari tudung sangat lah tenat. Tuan empunya malas nak lipat2 tudung selalunya lepas basuh main campak dan sumbat saja tudung dalam almari. Bila time nak pakai mula korek2 dalam almari tuh cari tudung yang nak di pakai. So rasa nak susun tudung nih ikut color dan jenis. Sepatutnya lipat2 tudung nih dalam masa sejam dah siap. Tapi aku dah nak dekat pukul 2 pun tak habis2 lipat lagik. Sekarang dah setat on internet plak. Dh on9 fb and blog. Pukul berapa mau siap kemas daaa -_-