Saturday, May 28, 2011

Sila Beratur

Lately nih aku selalu sakit kepala. Tak tau kenapa...sakit kepala sebelah kiri atas kening tuh. Very the mengganggu rutin harian aku huh!!. Nak kerja dan berfikir pun rasa macam tak selesa. Darah tinggi? Depress? Ntoh....nak drift pun susah -_- ! Minyak paling mujarab yang mesti ada dalam handbag aku TIGER BALM! cejuk + berangin.....

Blaa..bla..bla...apa yang aku merepek kat atas tuh ( tapi seyes beb tadi pon sakit kepala menyerang lagik! ). Rasa macam nak update tapi tak tau nak cerita apa. Nak menaip tapi tak tau nak menaip apa. Tapi still nak update jugak. Aku dah janji dalam entri yang lepas kan nak letak gambar-gambar dan cerita sikit mengenai scuba diving dan percutian ke Pulau Perhentian kan....nantilah...entri yang akan datang aku cerita ek.

Ok apa kaitannya dengan tajuk di atas tuh. Entah aku main letak je. Ehmmm aku teringat pasal nonton wayang. So kalau nak tengok wayang kena beli tiket. Kalau nak beli tiket kenalah beratur x gitu?

Bila aku survey wayang untuk bulan 5 nih haishh banyak sungguh movie-movie yang best. Rasa macam nak muvie marathon tapi takut pungkoq lenguh! Hahahaaa. Nih antara muvie wajib yang aku kena tengok!! -------->

Nur Kasih The Movie

Aku rasa semua dah tau kot keglemeran drama nih. Tapi aku nih bukanla pengikut setia tiap-tiap minggu hari Jumaat ngadap tv 3 tunggu drama bersiri nih. Mana sempat beb! Keja kat KL nak drive balik Puchong ko bajet boleh sampai rumah dalam masa 30 minit?? Jangan harap! Ok apa yang aku merepek nih?? So memandangkan drama bersiri nih sudah diuar-uarkan tersangatlah glemer jadi aku nih teringin lah sangat nak p nengok muvie Nur Kasih nih. Errrr aku bukan peminat tegar Remy Ishak or Tiz tuh ekkk hehehee.

Jadi rezeki aku la hari Sabtu yang sangat lah bertuah dapat g nengok muvie nih dengan untie aku ( untie aku suda booking aku seminggu yang lepas suwoh bawak dia g nengok muvie nih hihihii ). Ehmmm ok lah. Best. Crita dia tade lah mantap sangat tapi deymmm! macam mana air mata berlian aku nih boleh tumpah time nonton muvie nih! Kikikikiii...Muvie nih kalau mereka-mereka yang memang ikut drama dia kat tv3 mungkin akan cakap best la kot tapi bagi aku biasa-biasa je. Tapi biasa-biasa pun tumpah jugak air mata aku! Untie aku yang pengikut setia drama Nur Kasih nih pun air mata dia tak tumpah! Dan ulasan dia untuk muvie nih "awat tak best pon! Lambat!' Ahahahaha..apo-apo la mak cik! Yang paling suka dalam muvie nih adalah tudung-tudung yang dipakai oleh Nur Amina @ Tiz. Sangat cantik-cantik dan sweet je kaler-kaler dia. Dan ofkos adik Mia Sara ( belakon jadi anak Fizz Fairuz ) sangat cute miut ^_-







Lanun Of Caribbean

Yeahhhh!! At last aku sudah pun memiliki tiket cerita lanun yang tak dapat aku nengok minggu lepas akibat KEDEGILAN aku! So tarikhnya bila? Ofkos la Ahad yang damai pukui 12:15 p.m.! Kat mana? Rahsia nanti peminat misteri i follow i pulakss! perasan! hehehee...So seyes aku tak sabar nak g nengok muvie nih dengan Enchek Rango! Enchek Rango sila bersiap awal ye! Tanak berpusing-pusing cari parking macam last week lagi dah! =p ....Pirates of The Caribbean...pak cik Joni cant wait to see u! Theheheheee...







Kungfu Panda 2


Ahahahaha yang nih muvie wajib yang aku akan tengok! Tapi tak tau lagik bila nak g nengok. Macam yang aku tulih kat atas la..nak wat muvie marathon tapi takut pungkoq lenguh! So Panda Bear dating next week lah ye!



Karak

Ahaaa nih seyes muvie feveret aku! Citer hantu! Aku suka nengok citer hantu sejak zaman-zaman dolu. Hahahaa. Citer Karak...citer hantu highway kot. Confirm aku nak nengok muvie nih!



haaaa dah-dah la tuh ngadap blog. Yang tuh je aku nak cerita tuk kali nih. Ok..bye-bye..mau tido..esok Ahad..manfaatkan cuti wiken anda! ^_^ hehehe


Friday, May 27, 2011

OCEAN

really wanna go to this place NOW!!
.
.
.
yes
.
.
NOW !!


nak swimming puas-puas-puas-puas
.
.
.
nak swimming sorang-sorang
.
.
.
sorang-sorang best sebab TENANG


sangat tenang bila tengok laut
.
.
.
.
.
blue


hmmmmmmm
.
.
.
.
.
.




yeayyy !!!!
.
.
.
.
.
.
.
GILA !!

Sunday, May 22, 2011

Gigit Jari!!!

Huhuhuu...gigit jari aku semalam! Al-kisahnya aku dah pun menempah 2 tiket untuk menonton sambil makan pop-corn bersama Mista Rango muvie Pirates tuh ( deymmm!! ). Aku booking secara on-line hari Jumaat lepas. Aku booking kat Cineplex e@Curve kononnya mengikut riwayat aku tak ramai orang kat sana! Aku dengan girang hatinya sangatlah gembira sebab memang aku nak tengok sangat-sangat muvie nih!!

ok2....so kenapa aku gigit jari-jari ku??....Semalam opismate aku Erni ada buat majlis cukur jambul baby boy dia. Majlis setat selepas zuhur. So aku bajet pegi majlis Erni dulu la memandangkan muvie setat pukul 4:15 p.m. dan tiket kena kutip one hour before. Aku dah plan baik punya dan inform Mista Rango planning baik punya aku tuh! So memang dalam pukul 2 aku n Mista Rango sampai di rumah Erni. Sampai je majlis tengah berzanji smbil2 baby dah dibawa mengelilingi tetamu untuk potong rambut dia (betul ke?? heheh)..lepas tuh acara makan-makan pun bermula..Erni : kari kambing sangat marvellous!! Aku dan Mista Rango makan ala-ala malu tapi dalam hati nak je tambah nasi nak ratah kambing tuh hahahahaaa..So lepas peyut pun kenyang tali kecapi apa bagai kami pun minta diri nak balik.


Memandangkan umah Erni kat Mutiara Damansara amatlah sangatlah dekatlah yang amat e@curve tuh!!! Dalam pukul 3 lebey kami gerak dari rumah Erni. Yang jadik drivernya aku =) so aku dengan confidentnya lah memandu ala-ala orang yang dah expert jalan-jalan kat area KL nih! Smooth je wa drive cakap lu! Isunya di sini aku nak parking di e@Curve jugak! jugak! jugak! Mista Rango bagi cadangan parking kat IKEA sbb semaalam kan Ahad so ramai orang! Aku tanak sebabnya MALAS NAK JALAN! Disebabkan kemalasan aku dan aku pun tak nak parking kat IKEA so aku cari jalan jugak nak parking kat e@curve! Sampai je dekat parking tuh ada signboard yang sangat menyakitkan hati aku! PARKING FULL cehhh!!

Mista Rango still dengan cadangannya suh parking kat IKEA n dia cakap tak jauh pun nak berjalan! Aku tak nak jugak! jugak! sebab aku rasa jauh nak jalan! (punya malas!) dan aku punya alasan adalah IKEA dan the Curve tuh tak sama tempat dan bangunan! Tergelak Mista Rango dengar hujah aku tuh!! Dia dengan hujah beliau mengatakan antara IKEA dan e@curve tak jauh dan aku dengan kedegilan aku =p!! ( time nih jam dah pukul 3:30 p.m. )

So memandangkan parking situ dah full so aku nak parking kat The Curve kot-kot la ada parking dan aku rasa klu parking situ dekat skit nak jalan. Nak tau tak?? Aku boleh dok pi buang masa masuk keluar parking The Curve tuh lebey kurang 3 kali dan aku rasa adik yang jaga parking tuh dah cam keta aku =p and aku still tak nak parking kat IKEA! Sampai dah memang give up tak de parking n memang decide nak balik je! ( time nih dah pukul 4:10 p.m.!!!! )

Korang ingat dah pukul 4 lebey tiket aku ada lagik ke???? Hampeh!! MIsta Rango dah diam sejak dari kali kedua aku keluar masuk parking The Curve =p!!! Alang-alang dah sampai aku tak nak balik nak jugak at least window sopink kat situ then maybe hati aku telah terbuka untuk parking kat IKEA hehehheheee....so lepas pusing 2 3 kali ada satu parking kosong kat IKEA tuh =) ..... ( time tuh dah 4:40 pm ;( )

So ibarat pemandu pelancong a.k.a GPS bergerak Mista Rango dengan machonya menunjukkan arah dari IKEA nak ke e@curve tuh! Ehmmm okay!! mengaku!! tak sampai 10 minit pun nak ke situ!!!! AArrghhhhhhh ddeeyymmmmm rasa nak jerit dengan keb****an aku theheheheeee...tapi aku control lagik...kesimpulannya muvie tinggal muvie sajo lah!! sekarang nih pun aku masih berhempas pulas nak booking tiket! Pirates dengan Kungfu Panda sekali gus!!!

Tak jadik tengok wayang petang semalam lepas round-round tanpa arah tuju pegi makan kat SS2 Murni. Aku bantai mee raja dan mango special..Mista Rango bantai Ciken Napolean dan air Poison...makan sampai kenyang! puas hati!

Kesimpulannya jangan degil dan dengar cakap orang yang lebih berumur! Jangan buat-buat pandai! Sekian






see you this week Joni!

My New Passion! Part II

Hye

Part II pulee hehee. Entry yang lepas aku ada tulih berkenaan dengan pre-scuba kan. Dan untuk entri kali nih aku nak tunjukkan apakebendanya equipment yang perlu kalau kita nak scuba nih. Equipment yang aku nak tunjuk kat bawah nih adalah basic nye equipment. Contoh macam aku lah..baru nak berjinak-jinak dalam skuba nih. So meh kita tengok apa equipmentnya :

1. BCD ( Buoyancy Control Device ) - nih lah yang aku cakap macam beg skolah tuh hehee.... benda nih adalahh tempat untuk kita bawa tong udara. Dan fungsi dia jugak adalah untuk bantu kita masa nak tenggelam ke dalam air tuh. Adalah caranya nak mengisi udara kalau nak tenggelam dan kalau nak timbul balik pun ada caranya jugak. Untuk aku opkos la kena saiz yang besar punyeeeeee heheheheee..




2. Mask - benda wajib ada kalau tak mata akan pedih dan merah =)
3. Regulator - Benda nih adalah untuk pernafasan. Pakai benda nih kat mulut. Dalam skuba nih kena biasakan diri bernafas melalui mulut bukan hidung ye kawan-kawan. Bila pakai regulator nih rasa macam mulut tuh kembung-kembung skit hehehee.
4. Fin - Benda nih ala-ala duyung la kalau kita pakai heheheeee...Benda nih untuk membantu kita senang nak berenang-renang ala duyung dalam laut nanti. Pakai kat kaki tau benda nih.


Gambar kat bawah nih adalah kelengkapan yang lengkap sebagai seorang profesional divers. Equipment scuba nih seyes mahal beb! Tak mampu aku! tapi selalunya kalau beginner macam aku nih sewa je kat pusat-pusat skuba tuh. Lain la kalau aku dah rancang nak turun ke laut 5 kali setahun kena la ada kelengkapan macam bawah nih =)





Aku dalam 2 tahun akan datang......heheheee...InsyaAllah....

hye mista Rango! jgn jeles hehehee

Saturday, May 21, 2011

YOU...

i'm sorry

i'm not trying to change you...

i'm sorry if you feel 'uncomfortable'

i'm sorry if you feel 'it just not YOU'


I’m sorry for hurting you

I’m sorry I didn’t realise why

I’m sorry for not understanding you

I’m sorry for all those fights

I’m sorry for not trying

I’m sorry I didn’t try

I’m sorry if i'm not caring for you







Tuesday, May 17, 2011

My New Passion!

Introducing my new passion!
.
.
.
pejam mata dulu! =p
.
.
.
.
tadaaaaaa!!!


nih saya yee....bukan orang lain hihii

Meh nak cerita nih. Opismate aku Enchek Shahrul yang promote bersungguh-sungguh suh aku try diving nih. Aku mula-mula tak nak sebab aku rasa orang yang sihat walafiat macam aku nih mesti tak dak saiz tuk galas tong oksigen tuh tapi ahaaaa aku tau swimming tau sebab masa skolah rendah aku amik class swimming hehee.

Promote punya promote aku pun telah tergoda untuk join class pre-scuba. Sebelum tuh kena la isi borang dulu. Borang tuh nak tau serba skit info pasal diri kita dan ada bahagian untuk tahap kesihatan. Banyak soalan pasal jantung dan paru-paru. Nak diving punya pasal semua aku letak NO ja untuk semua health problem heheheheeee tapi seyes la wey aku sihat! hahhaa..Owh Enchek Shahrul nih dia dah ada lesen scuba tau =)...Tina dan hubby pun join jugak =). Mista Rango tak boleh join sebab dia kena keja arituh -_-

So pada 16 April 2011 bertempat di pusat diving di Petaling Jaya yang mana aku dah lupa apa nama tempat tuh hehehe....class pun bermula...Pre-Scuba =)...Enchek Trainer kami hari tuh nama dia klu tak silap aku Enchek Adi ( hehehee sowi cikgu dh lupa nama..)

Sebelum kami semua terjun ke kolam yang sangat tenang ( x sabar2 dah nih )..Enchek Adi guide kami untuk pilih :
  1. BCD (untuk galas tong oksigen lebey kurang macam beg skolah)
  2. Regulators dan Octopus (pakai kat mulut)
  3. Masks
  4. Fins
  5. Pemberat (untuk aku kena pakai 6kg untuk bantu tenggelam dalam air )
  6. Belts untuk letak pemberat tuh
  7. Scuba tanks (opkos la!)
  8. Items2 di atas akan aku update gambar2 entry yang akan datang ye tenet sgt lah lembab!

Lepas semua dah ada uniform masing-masing so apa lagi terjun laaaa heheee tapi sebelum tuh Enchek Adi ada taklimat ringkas sikit untuk kitaorang. Taklimat nih penting sebab akan ajar kitaorang cara-cara berkomunikasi dalam air. Yela dalam air mana boleh sembang-sembang pakai mulut lagik dah =p dan langkah-langkah yang perlu diambil kalau berlakunya any emergency.

Perkara yang Enchek Adi ajar :

Equalize. Korang penah rasa tak bila naik tempat tinggi or dalam flight telinga korang rasa bengang or rasa macam masuk angin? Benda tuh jadi disebabkan keadaan tekanan di dalam telinga dan di luar tak sama. Kalau tak silap masa aku belajar biologi dulu keadaan gegendang telinga tuh melengkung ke dalam ( heeeee betul kah?? malas nak google ) haaa sama la jugak bila kita nak tenggelam dalam air nih. Lebih-lebih lagik kedalaman dia > 3m. bila kita dalam air akan rasa telinga kita macam dah bengang tuh cara nak equalizekan adalah dengan picit hidung dan hembus nafas. Bila buat macam tuh akan rasa macam angin keluar dari telinga. Selalunya divers akan buat benda nih sekerap yang mungkin sebab professional divers kadang-kadang tuh akan dive sampai 15m ke dalam laut. Equalize sangat penting sebab kalau tak buat kemungkinan gegendang telinga akan pecah.

nih signal kalau ada problem dengan equalize


Not ok. Gambar kat bawah nih kalau kita ada problem masa tengah dive tuh. Cara dia lambai tangan ala-ala BOB AF MESRA! tuh heheheee....



Going Up. Gambar kat bawah nih pulak adalah signal untuk naik ke atas. Bukan tanda bagus or Ok ye. Nih tanda kalau kita ada problem dengan tank ke..nafas ke..panik ke.




OK. Haaaa yang kat bawah nih tanda OK =) ..........


Disebabkan kami semua baru dan class nih pun pre-scuba hanya sebahagian je signal yang diajar. Enchek Adi cakap banyak lagi sebenarnya signal untuk professional divers nih. Ok lah...uniform pun dah pakai...signal pun dah di ajar..apa lagik! terjun and lets dive! hehehehee...enjoy the '"view" hehee







Best! Next year memang nak g ambik lesen! Harap-harap jadi InsyaAllah....

*29 April - 4 Mei arituh aku g Pulau Perhentian. Aktiviti wajib opkos snorkeling...dan aku try scuba kat sana =) rezeki beb! free try! nanti aku upload next entry yep.

bye. nak tito dah esok keje -_-







....dan kaki berjalanlah!

hye

Wow lama yang sangatlah tidak menghapdate belog aku nih. Maafkan aku belog kerana tidak hiraukan engkau (gila!) hahahaa. Sihatkah kalian-kalian di luar sana?Kalau sihat Alhamdulillah..aku macam biasa..menjalani kehidupan seperti biasa....menjalani kehidupan aku dengan insan-insan yang sayang kat aku..family, kawan-kawan, Mista RANGO......Alhamdulillah

Axtually aku tak dak idea nak menulih tapi aku nak hapdate jugak! hahaha....hmmm So sekarang nih aku betul-betul tengah berhadapan dengan realiti perasaan. Errrr apakah maksudnya itu? Entah wa puci taw....tapi aku sedang melalui fasa yang aku percaya semua female di luar sana mendambakannya! (tudiaaaaa!)....gedikkah aku? Nilai sendiri....

Tapi yang pasti aku mengharapkan yang terbaik for my life =) ....InsyaAllah

tajuk : tiada kena mengena hah hah!