Saturday, January 14, 2012

Hari ini saya pergi berkelah

Salam

Macam mana hari Sabtu minggu anda-anda di luar sana. Dah macam dejay radio pulak =p. Hhahah. Ok seperti di post aku yang sebelum nih hari ini adalah family day Bahagian aku =). Tempatnya tak jauh pun kat Sg Congkak je. Tapi kali nih tak best la sebab ramai yang tak dapat join. Ada yang kena hadir meeting PIBG sekolah anak ( hehe cute kan )..hal family..balik kampung. Takpa la mana yang ada pun dah meriah dah family day kami. Bos aku pun walau ada hal tapi cuba jugak untuk datang kejap.Thank you bos!

So persediaannya dimulakan dengan pembelian barang-barang nak di bawa ke sungai congkak tuh nanti. Perancangannya nak wat bbq ayam dan hotdog kat sana. Nak buat sandwich kat sana. Nak goreng nugget kat sana. Semua nak wat kat sana. Tak kisahlah. Seb baik aku ada opis mate yang rajin. Nak harapkan aku? sorry...aku dah cakap awal-awal sampai je aku nak terus terjun sungai so jangan kacau aku =p haha. Sebabnya aku dah bagi cadangan masak siap-siap kat rumah masing-masing then datang just makan kecuali bbq opkos la kena buat kat sana. ok!

Disebabkan aku nih masih single mingle tade komitmen apa-apa yang sedang menunggu kat rumah selepas habis waktu kerja jadi aku pun dengan rela hatinya volunteer nak pegi beli barang-barang keperluan kat Carrefour. Aku pegi beli after opis hour g carrefour puchong dekat dengan rumah aku senang sikit. Gila sadisnya aku pegi beli barang sorang-sorang. Rasa macam suri rumah tangga yang berkaliber pulak. Rasa macam seorang isteri yang sedang membeli barang-barang rumah sementara sang suami dan anak-anak sedang menunggu di rumah mengharapkan aku beli kentaky fried ciken untuk dibawa pulang untuk di makan semasa dinner...aikkk macam iklan je hahaah. Tak pernah-pernah aku pegi beli barang-barang dapur SORANG-SORANG sampai PENUH troli. Takpe seb baik aku saiz besar so bila orang tengok tak hairan sangat =p!

Habis pilih-pilih barang apa lagi ke kaunter bayaran la. Then loading barang-barang ke kereta pun sorang-sorang. Haishhh bila nak kahwin nih? Gatai! ok!


takde lah penuh sangat sebenarnya hehehe

loading barang sorang-sorang


Then pagi tadi seawal 8:30 ( awal ke? ) ramai-ramai konvoi bertolak ke sungai congkak. Susun la apa-apa yang patut. Buat la apa-apa yang patut. Pasang api, potong buah, buat sandwich....me? tolong jugak hehehe sebab segan pulak tak tolong heh heh heh.

Bila agak-agak semua makanan dah siap....aku?.....mandi sungai laaaaa. Serius aku suka swimming. hahahha poyo!



cempedak goreng pun ada



tucen sesat


Best! Next time buat lagi. Bagi semua ada baru best. Makanan pun lebih banyakkkkkk.


Balik dari sungai congkak sambil driving tuh aku rasa macam sakit-sakit kaki..sengal-sengal badan ( alasan! ) so aku taknak pegi pun sebenarnya tapi kaki dengan tangan aku yang sedang pegang stereng terus bawak aku ke Thai Odessy - Thai Massage area puchong tuh. Kaki aku cakap dia nak massage kejap je. Aku ok je! hahaha

basuh kaki dulu


ready!

krrooiihhhh!

Serius best tempat nih. Nih la tempat feveret aku. Tempat yang memang selalu aku pegi bila aku teringin nak massage. Harga pun ok. Untuk foot massage sejam RM58 dah include tax sekali. Memang berbaloi. Banyak outlet nih. Kat Mid Valley pun ada. Setakat nih aku hanya try 2 service je. Urut kaki dengan half body massage. Yang lain tak pernah try lagik. Aku suka suasana dia yang ala-ala gelap tuh dengan music tradisional Thai memang asyik! Try la tengok kat www.thaiodyssey.com

Setakat nih je dulu ye.
Sawadikap.

tetiba!

4 comments:

  1. uNcLe kt dataraN PahlawaN melaka yg akU bawaK haNg dgN diLLa ni laGi murah kOt..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha....ye memang murah sedap pun sedap tpi tgk keadaan tmpt la kan. hehe klu ada yg 30 - 40 hinggit area umah aku tuh memang aku pi pun. tmpt nih cosy2 gitewww

    ReplyDelete
  3. amboi!!!!tapi best la sg congkak..last pi b4 bersalinkan uwais

    ReplyDelete
  4. aku suka jugak !!!! part guna siku tu .... hahahahah =)

    ReplyDelete