Sunday, January 29, 2012

When less is more...

Salam

Wow aku percaya mesti ramai tengok Anugerah Juara Lagu 26 malam nih kan. Resultnya sudah keluar and tak menepati langsung apa yang aku teka. Ingatkan Beribu Sesalan or Sedetik Lebih yang juara. Takpe lah pape pon Hafiz rezeki ko lah malam nih.

Apa yang menarik perhatian aku adalah outfit dan persembahan si dak Hafiz nih. Simple =) . Menang 30 ribu sangat lah save cost hehehe. Cuma bayar si Herman Tino je kot untuk flight balik. Hehehe ampun. Hafiz hanya menggunakan kekuatan vokal dia je tanpa perlu persembahan yang berat2 atau persembahan yang ntah apa-apa. Memang layak untuk Persembahan Vokal Terbaik.

But for my personal view aku paling suka Jaclyn Victor. Untuk lagu Sedetik Lebih...baju dia dengan diamond bling2 and plus her not-very-heavy-makeup sangat cantik atas stage. Dia nyanyi pun best. Syahdu sangat =)

Nih dah kenapa aku nak mengomen pasal AJL plak nih hehhe. Saja. Opssss lagi satu yang paling suka adalah keseluruhan makeup malam nih. Hanya tumpu for eyeliner and very the merah menyala lipstick without any heavy colours of eye shadow. I loike! Nak pakai macam tuh la gi office nanti hehehe. Credit to Yuna - her face sangat elegance. Orang komen pasal lagu yang kau nih Bee pi komen pasal makeup plak dah! Derrr!

Ok esok kerja. Jum tido!
Nyte2.

Friday, January 27, 2012

SABTU

Salam

Selamat pagi. Sabtu lagi. Hari nih aku gagahkan diri bangun pagi. Terus on TV. Rasa takmau mandi lagi. terus rasa nak breakfast meggi. Hahahaha.

So? Apa plan for today? Hari nih dan esok Ahad aku tak mau ke mana. Nak dok rumah ja. Rumah dah berminggu-minggu tak kemas. Dari cuti Krismas sampai la hari nih. Dah asyik weekend je balik kampung mana sempat nak mop rumah apa bagai. Alasan!

Aku rasa macam nak masak plak coti-coti nih. Nak masak resipi baru. But still tak boleh decide lagi nak masak apa. Blogwalking sana-sini cari idea. Google resipi. Sedang tengok channel 703 asian food channel - resipi buat cupcake. Takkan nak buat cupcake. Mesin nak pukul telur pun tade macam mana telur nak kembang. Huhuu.. Spagetti lagi? Hmmmm rasa macam dah muak dan bosan. Owh semalam lepas opis aku singgah pasar malam kejap. Aku beli ikan selar, udang, sayur kangkung, brokoli, bunga kobis, kacang peas, tempe dan tauhu. Hmmm kalau ikut senarai nih masak biasa-biasa je . Goreng2 je dah cukup. Ehhhhh dah macam suri rumahtangga la pulak. hehe. Macam ramai je nak makan.

Takpe..keep on searching. Sekarang pegi mandi! Nanti InsyaAllah kalau aku dah masak aku update. Kalau aku rajin hehehehe


Happy weekend.
Bye!

Wednesday, January 25, 2012

Macam mana nak ambil hati bigbos?

Salam

Selamat kembali bekerja bagi sudah mula kerja dan selamat bercuti yang masih lagi bercuti. Gong Xi Fa Cai..nak wish jugak walaupun dah terlambat.

Hari nih macam tak best! Aku rasa mood aku macam ada ngeng! sikit. Tapi pagi sebelum mula kerja ok je. Nih rasa nak marah bila dah mula buat kerja. Ke sebab aku nak cuti lagi hehehee Ada kawan aku yang perasan apa pasal aku hari nih macam serius sangat? Apa pasal tanya sikit nak marah? Ehh betui ka? Kalau betui pun takpa! Normal untuk aku marah-marah dan bad mood kan? Dah terbiasa sangat dok jaga hati orang. Dah penat! Lantaklah! Penat jadi baik..baik keeee? =p =p =p

Semalam ada meeting SKT Bahagian dengan TCEO. Teruk jugak aku kena hentam dalam meeting. Bllleeuukkk!!! Tak suka! Tapi bukan aku sorang..semua opismate aku kena hentam kecuali sorang Irwan sebab dia dah menepati citarasa TCEO aku hehehe.

Tak suka la macam nih. Dah kerja tiga tahun pun still tak leh nak ambil hati dia lagi. Still tak bleh nak tangkap apa yang dia mau. Sampaikan habis meeting bos bahagian aku cakap telan je la buat sehabis baik pun tetap akan cari kelemahan jugak. Looorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Dah jangan buang masa! Jom sambung kerja.


Saturday, January 14, 2012

Hari ini saya pergi berkelah

Salam

Macam mana hari Sabtu minggu anda-anda di luar sana. Dah macam dejay radio pulak =p. Hhahah. Ok seperti di post aku yang sebelum nih hari ini adalah family day Bahagian aku =). Tempatnya tak jauh pun kat Sg Congkak je. Tapi kali nih tak best la sebab ramai yang tak dapat join. Ada yang kena hadir meeting PIBG sekolah anak ( hehe cute kan )..hal family..balik kampung. Takpa la mana yang ada pun dah meriah dah family day kami. Bos aku pun walau ada hal tapi cuba jugak untuk datang kejap.Thank you bos!

So persediaannya dimulakan dengan pembelian barang-barang nak di bawa ke sungai congkak tuh nanti. Perancangannya nak wat bbq ayam dan hotdog kat sana. Nak buat sandwich kat sana. Nak goreng nugget kat sana. Semua nak wat kat sana. Tak kisahlah. Seb baik aku ada opis mate yang rajin. Nak harapkan aku? sorry...aku dah cakap awal-awal sampai je aku nak terus terjun sungai so jangan kacau aku =p haha. Sebabnya aku dah bagi cadangan masak siap-siap kat rumah masing-masing then datang just makan kecuali bbq opkos la kena buat kat sana. ok!

Disebabkan aku nih masih single mingle tade komitmen apa-apa yang sedang menunggu kat rumah selepas habis waktu kerja jadi aku pun dengan rela hatinya volunteer nak pegi beli barang-barang keperluan kat Carrefour. Aku pegi beli after opis hour g carrefour puchong dekat dengan rumah aku senang sikit. Gila sadisnya aku pegi beli barang sorang-sorang. Rasa macam suri rumah tangga yang berkaliber pulak. Rasa macam seorang isteri yang sedang membeli barang-barang rumah sementara sang suami dan anak-anak sedang menunggu di rumah mengharapkan aku beli kentaky fried ciken untuk dibawa pulang untuk di makan semasa dinner...aikkk macam iklan je hahaah. Tak pernah-pernah aku pegi beli barang-barang dapur SORANG-SORANG sampai PENUH troli. Takpe seb baik aku saiz besar so bila orang tengok tak hairan sangat =p!

Habis pilih-pilih barang apa lagi ke kaunter bayaran la. Then loading barang-barang ke kereta pun sorang-sorang. Haishhh bila nak kahwin nih? Gatai! ok!


takde lah penuh sangat sebenarnya hehehe

loading barang sorang-sorang


Then pagi tadi seawal 8:30 ( awal ke? ) ramai-ramai konvoi bertolak ke sungai congkak. Susun la apa-apa yang patut. Buat la apa-apa yang patut. Pasang api, potong buah, buat sandwich....me? tolong jugak hehehe sebab segan pulak tak tolong heh heh heh.

Bila agak-agak semua makanan dah siap....aku?.....mandi sungai laaaaa. Serius aku suka swimming. hahahha poyo!



cempedak goreng pun ada



tucen sesat


Best! Next time buat lagi. Bagi semua ada baru best. Makanan pun lebih banyakkkkkk.


Balik dari sungai congkak sambil driving tuh aku rasa macam sakit-sakit kaki..sengal-sengal badan ( alasan! ) so aku taknak pegi pun sebenarnya tapi kaki dengan tangan aku yang sedang pegang stereng terus bawak aku ke Thai Odessy - Thai Massage area puchong tuh. Kaki aku cakap dia nak massage kejap je. Aku ok je! hahaha

basuh kaki dulu


ready!

krrooiihhhh!

Serius best tempat nih. Nih la tempat feveret aku. Tempat yang memang selalu aku pegi bila aku teringin nak massage. Harga pun ok. Untuk foot massage sejam RM58 dah include tax sekali. Memang berbaloi. Banyak outlet nih. Kat Mid Valley pun ada. Setakat nih aku hanya try 2 service je. Urut kaki dengan half body massage. Yang lain tak pernah try lagik. Aku suka suasana dia yang ala-ala gelap tuh dengan music tradisional Thai memang asyik! Try la tengok kat www.thaiodyssey.com

Setakat nih je dulu ye.
Sawadikap.

tetiba!

Thursday, January 12, 2012

Ketinggalan seketika hha

Salam

Wow dah masuk hari ke tiga belas bulan satu dua ribu dua belas baru nak update blog =) . Serius banyak benda yang terjadi dan nak kena setel. Tapi kadang-kadang tuh dalam masa yang sama tak tau nak update apa. Just common thing yang berlaku dalam life aku. Pergi kerja balik kerja singgah kedai makan tapau dinner sampai rumah mandi makan tengok tv rasa mengantuk tidolah then esok pagi bangun balik hehe. Takde yang menarik pun.

Tahun baru aku bermula dengan percutian secara tidak sengaja ke Pulau Langkawi dengan bonda dan ayahanda. Stay semalam je. Tapi bolehlah dapat la hidu-hidu udara segar laut sekejap sebelum kembali kepada suasana kerja dan rutin harian. Tahun baru juga dimulakan dengan beberapa kerja yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan tuhdiaaaaa bunyi macam dapat tugas penting je kan =p. Hahahaa....seyes load kerja boleh tahan sampai kadang-kadang Mista Rango merajuk tak sempat nak mesej =p ngengada!

And....Alhamdulillah kerja yang telah diamanahkan telah selesai dan boleh lah nak bernafas sikit untuk 2 minggu terakhir bulan Januari nih. Owh aku ada update kan post aku yang dulu pasal aku membebel apa yang dah berlaku dalam tahun 2011 kan. Dan aku ada nyatakan yang aku nak achieve something dalam kerja aku untuk tahun nih. Yes! aku memang nak achieve something! Dan aku memang nak buat yang terbaik dan sehabis baik doakan aku ye kawan-kawan. Amin.

Apa harapan dan azam tahun baru korang? Hehe dah tengah bulan baru aku nak fikir tuh semua. Tapi takpe better late then never hehehe. Tapi aku takmau fikir malam nih. Aku nak fikir bila aku terasa nak fikir. Faham?

Nak taip apa lagi nih? Hmmmmm.....dah la. Mata dah ngantuk. Esok ada meeting dengan delegasi Jepun pulak. Lusa ada family day jabatan aku. Family day? Aku datang sorang-sorang?
Ada sapa-sapa nak jadi family sementara aku? hahah...stop dulu. Semoga aku diberi kerajinan pada esok pagi untuk hapdate belog =) hehe.

Nite!