Saturday, November 26, 2011

I have no story to be told haha

Salam

Selamat menyambut Maal Hijrah 1433. Buku baru sudah dibuka dan sudah pun dituliskan tentang setiap amalan, setiap tindakan, setiap perbuatan malah setiap prasangka kita bermula 1 Muharam 1433.

Bulan November pun sedang mula mengundur diri. Kemudian Disember. Tahun 2011 pun bakal melabuhkan tirai. Apa pencapaian aku sepanjang tahun ini? Macam mana pulak dengan korang semua? Puas hati dengan apa yang korang dah dapat untuk tahun 2011 nih?

Kenapa permulaan aku untuk entry kali nih macam formal sangat nih? Muahahahha. Kononnya nak emosional lebey sikit la kan. Tapi apa pun selamat menyambut Maal Hijrah ye kawan-kawan. Diharapkan kita semua diberikan kesempatan dan peluang untuk turut sama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tapi serius la aku tengah malam semalam sambil terpikir jugak apa yang aku dah capai dalam hidup aku untuk tahun nih. Memandangkan 2011 pun dah nak sampai penghujungnya, maka eloklah aku mula fikirkan apa yang aku nak capai untuk tahun 2012 plak. Dalam masa yang sama aku kena muhasabah diri skitt.

Tahun 2011 tadela teruk sangat bagi aku. Biasa-biasa saja. Alhamdulillah. Family, kesihatan, kerjaya go with the flow. Harap tahun 2012 pun sama juga. Tiada perkara yang tidak dingini berlaku kepada 3 perkara utama tuh dalam hidup aku. Harap yang terbaik untuk tahun 2012.

Tahun 2011 juga adalah di mana aku mula kenal dengan seseorang. Ehmmm ekceli semua nih seorang perempuan @ wanita akan rasa dan melaluinya kannnn =p. Awalnya aku just cakap why not give it a try setelah mengalami patah hati beberapa kali -_- ( perghhhh bblluueekkk...=p ) mula-mula...tite kawan-kawan dulu..keluar keluar....juat a normal relationship. Until now masih cuba untuk mengenali hati budi masing-masing lagi. To be honest ( harap si dia baca nih =p ) aku selesa dengan dia. I just can be myself. Aku boleh jadi busuk....aku bleh jadi seorang yang bodoh tak tau apa ke mengenai perkembangan semasa..aku boleh jadi seorang yang sangat tak tau menahu mengenai dunia perkembangan IT teknologi terkini what ever gadget pekebenda to be truth dulu aku antara i-pad i-pod pot-pot ke aku tak ambil tahu dan tak tau sangat. Ok stop stop ... my point is..aku tak payah control-control...tak perlu jadi orang lain..just me! =) . And I do hope something magical will happen for dis coming 2012 >_< . Tolong doakan ye. Amin.

Ok lagi apa ye...hmmm..kerjaya..yes talking about my carier ehmm actually tahun nih sebenarnya aku kurang berpuas hati sangat. Sebabnya aku tau aku boleh buat lebih dari apa yang aku dah berikan untuk tahun nih. Takde apa-apa masalah pun. Kerja ok..macam biasa. Disebabkan macam biasa tuh la aku nak untuk tahun 2012 nih aku nak buat luar biasa lagik! Yes..aku tau aku boleh buat! And lagik satu aku tengah cuba untuk kawal rasa gemuruh aku bila aku nak pegi mengadap Bos Besar aku Timbalan CEO. Please lah Bee! Dah nak masuk 3 tahun dah takkan setiap kali nak pegi ngadap setiap kali tuh jantung bagai nak tercabut. YEs! aku tau antara cabaran yang perlu aku atasi adalah untuk 'mengawal' bos aku tuh hehehe. Nih bukan nak mengawal secara negatif la korang nih! Maksud aku adalah aku nak tingkatkan confident aku bila pegi jumpa TCEO nih. Aku tak tau apa yang gemuruh tahap gaban sangat bila nak ngadap bos aku yang sorang nih. Aku rasa korang pun mesti ada pengalaman yang sama kan. =p

Nih lagi satu! Program diet yang hanya tinggal nama je. Program diet aku tak penah nya nak menjadi disebabkan sikap hangat-hangat tahi ayam aku nih. Aku nih pulak jenis yang kalau tak nampak hasil terus down! Tak bleh macam nih! Aku kena wat sesuatu untuk lose weight nih! Kena tingkatkan tahap kesihatan nih!

Untuk tahun 2011 nih aku hanya sempat pegi holiday 2 tempat je. Satu masa bulan April pegi Bandung dan lagi satu ke Pulau Perhentian bulan 5. Untuk tahun 2012 nih takde planning lagi nak pegi mana-mana. Any idea anyone?

Cukup lah dulu setakat nih. Hari nih aku tak kemana pun. Just rehat di rumah. Bermalas-malasan di rumah. Hah! malas-malas lagik! patutla berat naik! =p

Hmmmm hujan-hujan nih sedap gak kalau dapat makan kuih lepat pisang dengan kopi "o". Nyum!

bye!







No comments:

Post a Comment