Hehehee....macam askar plak kan.
Ibu-ibu bapak-bapak adik-adik abang-abang kakak-kakak unty-unty uncle-uncle...sesuatu yang menarik akan melanda. Sesuatu yang akan memberi manfaat kepada tahap kesihatan anda akan melanda dalam bulan Disember 2011. What's that????Tadaaaaaa..........( heheheee )
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam PPSPPA dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Larian Jom! Kitar Semula pada 18 Disember 2011 di Laman 1 Malaysia Presint 2 Putrajaya. Tujuan larian ini adalah sambil mengitar semula dan menjaga keharmonian alam sekitar juga untuk meningkatkan tahap kesihatan kita hehehee.
Senang je sebenarnya kalau nak join. Langkah-langkahnya :
Anda perlu mendaftar online di www.ppsppa.gov.my. Kemudian anda perlu bawa barang-barang kitar semula ke mana-mana pejabat PPSPPA. Anda akan terima slip pendaftaran dan bawa diri ke Putrajaya pada 18 Disember untuk mengambil T-shirt, bib nombor dan beg kitar semula =). Untuk maklumat lanjut layari je www.ppsppa.gov.my dan nak lagi faham baca la brochure kat bawah nih =) ... tapi macam tak nampak plak...ehehehee layari je la laman web tuh.


Come on guys! Tingkatkan amalan kitar semula dalam diri kita. Kepada pembaca belog nih yang bekerja sebagai seorang guru ambil peluang nih untuk menanam amalan kitar semula dalam diri murid-murid dan ajak joging-joging skali pada 18 Disember nih. Kepada sekolah yang memang berada di kawasan Putrajaya jangan lepaskan peluang nih. To NGO yang menyokong konsep 3R daftarlah segera!
Ajak la semua kawan-kawan, sedara-mara , family, orang tersayang untuk bersama-sama join dan menyokong program ini. =) Ayuh warga Putrajaya ( sebab dekat sangat kotttt ) sekalian kita gegarkan Laman 1 Malaysia pada 18 Disember 2011 nanti!!!!
Nih t-shirt yang akan para peserta larian dapat...cantik kan??
Nih t-shirt yang akan para peserta larian dapat...cantik kan??

Beg shomelll nih akan dapat jugak. Boleh bawak gi Tesco ke

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2011! Masih ada masa untuk mengumpul barang kitar semula =)
Ayuh Kitar Semula!
Ayuh Kitar Semula!
No comments:
Post a Comment