Monday, October 31, 2011

Party Dara Part I

Salam...dah dinner? hehehe

Hehehe kalau tengok tajuk entry macam kontroversi sikit kan? Hahaha nothing lah kawan-kawan. Parti Dara nih versi melayu..versi omputihnya plak 'Bachelorette Party'. Tapi bukan parti yang liar tau. Biasa-biasa saja =p .... just keluar dengan kawan-kawan rapat dan makan-makan and have fun!

So parti dara versi aku nih sebenarnya saja la nak meraikan bakal pengantin sebelum menjadi seorang isteri dan berstatus PUAN. Idea nih tercetus (perghhhhh...) bila salah seorang kawan rapat aku semasa belajar kat UPM dulu nak mendirikan masjid. So geng aku nih ada dalam 6 orang la. Jadi dalam 6 orang nih kawan aku si Maslia Manja adalah orang yang pertama kahwin dulu selepas grad. ( gatal ko ehhh...heheh jgn marah..). jadi kami semua plan nak buat something untuk Maslia Manja.

Jadi, tempat masa tarikh sudah ditentukan. Pada hari kejadian maka berkumpul lah kami 6 orang. Tempatnya tak jauh pun kat Seoul Garden IOI Mall jer. Acaranya tadaklah havoc sangat just makan-makan dan kebetulan pulak itu merupakan kunjungan kali kedua aku ke Seoul Garden maka perasaan jakun tuh masih menebal dalam diri bila makan kat tempat tuh. Hahahahhaaaa.....apela!



yeayyyy mari makan!


yeayyy mari memanggang.
Si Bakal Pengantin adalah bertudung putih bertentangan dengan aku bukan sebelah aku ( faham?)
=)


Ok ok..apa yang bestnya adalah acara kemuncak selepas masing-masing sudah isi perut dengan daging ayam ikan panggang apa bagai dan sebenarnya (macam lagu Yuna) sebelum hari kejadian, aku dapat idea yang notti hehe untuk kenakan si bakal pengantin nih. Aku punya idea adalah setiap orang dari kami nih kena beli satu hadiah kategori 18sx (yang sopan yee) untuk diberikan kepada bakal pengantin perempuan. hahahahha

Lepas je acara makan-makan, masing-masing dah tak sabar nak bagi hadiah yang kononnya 18** tuh =p. Semua dah keluarkan hadiah siap balut cantik-cantik lagik tau! Si Maslia Manja nih dah terkejut dan muka dia sangat lah excited sebab bakal dapat 5 hadiah hahahahahha!


shhhhh..aku dan hadiah misteri....heheheh


Apa hadiah yang kitaorang bagi? Ehhhh mana leh bagitau. Silap haribulan kena banned blog aku nih. Hahahhaa. Secara ringkasnya semua hadiah yang kami bagi tuh adalah kelengkapan untuk si Maslia Manja nih untuk menjadi isteri sejati. Hahahahha



Cehh cehhh aksi bakal pengantin yang malu-malu hahaha


tadaaaaaa.....tau ke?




Choppppp sebenarnya citer yang aku nak taip nih dah berlaku setahun yang lepas hihihiii saja la nak abadikan dalam belog nih dan akan ada Parti Dara Part II. Nantikan kemunculannya! Ahakssss


Hehehe..sambil-sambil tuh jum layan gambar kenduri kahwin Maslia Manja....owhh yeee...kami ada bagi hadiah yang betul-betul punya hadiah untuk Maslia Manja nih. Tapi aku tak ingat hadiah apa yang kitaorang bagi. Kalau tak silap aku blender dan toaster kot hehehehe.






ooppssss....who will be next dot dot dot?


heheheh...to be continued....

No comments:

Post a Comment