Sunday, October 30, 2011

Gambatte!!

Selamat pagi Malaysia! ^_^v

Salam semua. Macam mana weekend kamu? Penuh dengan aktiviti-aktiviti yang besh? Keluar dating? Pegi berkelah? Pegi beraya?Hehehe...aku percaya mesti ramai yang baru masuk kerja nih disebabkan cuti Deepavali minggu lepas. Mesti ada yang sambung cuti kan? So selamat kembali bertugas uolss!! To my officemate Dila selamat pulang ke tanah air setelah dua minggu berada di negara matahari terbit untuk melihat pengurusan samaph di sana..opsss ada ole-ole untuk aku tak? hihiiiiii

Trafik pun sudah kembali kepada mode 'normal' sekolah pun dah bukak hari nih kan. Minggu lepas best gilerrr drive sebab jalan sangat lengang. Aku sampai office pun awal gilerrr dalam pukul 7.15-7.30 aku dah sampai.

As for me, hari ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bos aku pun baru masuk ofis hari nih. Perlu selesaikan tugas yang telah diamanahkan kepada aku cewahhh. Tapi sempat lagi hendak menaip di blog nih heheheh. Sambil berblog nih sebenarnya aku dan officemate sedang berlatih untuk pertandingan KIK yang akan berlangsung pada 2 November nih. Dan pada hari yang sama jugak aku ada demonstrasi kaedah pengkomposan Takakura Home Method di salah sebuah kolej swasta berdekatan dengan Kajang. Nanti aku story-story ye apa itu pengkomposan kaedah Takakura Home Method.

So..mari kita mulakan tugas. Semoga hari ini adalah lebih baik daripada minggu lepas. Aku harap hari ini aku dapat bekerja tanpa ada langsung perasaan hasad dengki, perasaan buruk sangka, sikap untuk menjatuhkan orang lain dan semua sikap-sikap negatif. Minta dijauhkan semua sikap negatif itu daripada diri aku, keluarga dan kawan-kawan aku.

Mari sama-sama kita terapkan semangat yang positif dalam diri dan sentiasa bersemangat untuk majukan diri. Saling berkongsi ilmu and always smile =)

Sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan anda =)

Mista Rango....miss you =)




No comments:

Post a Comment