Today is the last day of 2012. Jadi esoknya adalah 1 Januari 2013. Cepat betul kan masa berlalu. Sudah penghujung 2012 pun. Jadi bila dah nak masuk tahun baru nih ramaila antara kita akan muhasabah balik apa yang pencapaian yang telah diperoleh pada tahun 2012. Lepas tuh mula aturkan balik azam serta impian yang ingin dicapai pada tahun 2013 nanti.
Tahun 2012 nih Alhamdulillah tiada yang sangat mencabar yang berlaku pada kehidupan saya. Semuanya baik-baik sahaja. Dan diharapkan tahun 2013 pun akan berlaku baik terhadap saya harapnya. Insha Allah.
Tahun 2012 meninggalkan kenangan yang sangat bermakna, manis, happy, cool!, excited, apa lagi?? Hehee..Alhamdulillah..
Paling tidak diduga saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011 pada bulan April 2012. Syukur. Kerja-kerja saya telah dinilai dan dihargai oleh majikan. Segala penat lelah kena bekerja pada hari minggu berbayar bila saya menerima anugerah ini. Terima kasih bos dan rakan-rakan ofis! Gembira sangat-sangat. Dan saya tahu ini dinamakan rezeki dan juga doa serta restu buah hati saya.....Mak dan Abah =)
Menerima APC dari KSU KPKT (sila abaikan saiz ketara saya dengan Datuk KSU) |
Tina dan Raudhah...mereka bersama saya sejak dari tragedi C27! Thank you babe! |
Dalam bulan April jugak saya secara rasminya telah menjadi seorang Penyelam Wanita! A DIVER bebeh! Ohsemmmmm (maafkan saya jika terlalu poyo untuk gembira!)...Scuba Diving merupakan sukan air yang saya memang nak ceburi sangat-sangat-sangat-sangat! Dan saya buktikan saiz bukanlah suatu masalah! Saya gemuk! Tapi saya seorang Certified Diver! Oh Yeahhhhhh. Saya dan rakan-rakan ke Pulau Perhentian untuk kursus mengambil lesen selam skuba selama 4 hari di sana. Pengalaman yang sungguh luar biasa dan indah sekali! Lesen skuba saya di bawah SSI. Pengalaman melihat misteri kehidupan laut..SubhanaAllah...cantik sungguh. Rasa diri terlalu kecil. Bila orang tanya apa yang bestnya scuba nih? Jawapan saya " You can fly in the water bebeh!" Hehehe bila dalam laut saya rasa tenang sangat-sangat. Enjoy!..Saya merupakan seorang Open Water Certified Diver! Heh..ulang sekali lagi tuh. Ohhh bulan Februari 2013 nanti saya nak dive lagik.Inshaa Allah..di mana? Tungguuuu.
Weeeee..like I said..You can fly in the water! |
Mummy Dida yang sporting! |
Wek-wek Divers! |
Ini betul-betul tengah laut |
With my buddy |
Pengalaman yang paling bermakna dalam tahun 2012 adalah saya telah diberi peluang dan rezeki untuk menjejakkan kai ke negara Matahari Terbit - Jepun Saya telah berangkat pada 16 - 21 Julai 2012. Saya ke sana atas urusan tugas rasmi mewakili Jabatan saya untuk Seminar Pengurusan Sisa Makanan. Saya telah membentangkan kertas kerja mengenai pengalaman kita di Malaysia bagaimana pengurusan sampah dilakukan dan juga sokongan kita terhadap kaedah pengkomposan yang boleh menguraikan sisa makanan menjadi kompos yang boleh digunakan untuk menambah baik struktur tanah. Jika sisa makanan dapat dikurangkan dilupus ke tapak pelupusan dalam masa yang sama kita mmbantu mengurangkan kos pengurusan sampah serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusa. Untuk pengetahuan korang sisa makanan antara penyumbang terbesar pembebasan gas karbon oksida dan metana yang mengakibatkan peningkatan suhu dunia Dan kita juga mempunyai 296 tapak pelupusan. Jika kita dapat "menarik" atau mengurangkan jumlah sisa makanan dilupuskan ke tapak pelupusan sumbangan kecil itu sudah cukup dapat memelihara alam sekitar. Begitu juga kaitannya dengan amalan kitar semula. Faham murid-murid? Hehehe
Saya ke Kitakyushu sebuah bandar yang terletak di Fukuoka. Komuniti di bandar ini telah mengamalkan kaedah pengkomposan 30 tahun yang lalu. Benarlah daripada apa yang saya baca dan tonton di tv Negara Jepun merupakan sebuah negara yang bersih....saya rasa atas jalan raya pun nak cari setompok pasir dan batu-batu kecil pun susah. Kalau nak berjalan tanpa memakai kasut atau selipar pun boleh! Selesa haha. Orangnya pun sangat ramah dan sopan. Apa yang menariknya setiap kedai runcit atau pasaraya yang saya kunjung akan ada tong kitar semula. Di setiap mesin air pun akan ada tong kitar semula. Yang menariknya tong kitar semula di sana saya perasan ada untuk used cooking oil, lampu pendaflour, penutup botol.
5 hari di sana merupakan pengalaman yang sungguh bermakna! Pihak penganjur bawa kami peserta ke kilang kitar semula, komuniti yang aktif dengan kompos nih, serta teknologi terkini yang boleh memproses sisa plastik ke biodiesel. Terima kasih bos! Bila tahun la pulak saya nak sampai ke sana lagi Owh yang bestnya pada hari akhir perjalanan saya pulang ke Malaysia merupakan 1 Ramadhan. Ada jugakla pengalaman berpuasa dan berbuka di atas kapal terbang hehehe. Alhamdulillah.
Bersama Mayor Of Kitakyushu |
Masa nih berdebar sebab kena tanya soalan haha |
Ada bakat tak? Hehe |
Kilang pengasingan barang-barang kitar semula |
Kompos yang telah diinovasi |
Perbincangan |
Melawat Environment Museum |
Itu merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tahun 2012 nih lah. Yang kecik-kecik tuh adalah tapi tak payah la nak berceghita kat sini kan.
So perancangan tahun 2013 jugak saya kalau boleh at least 2 kali setahun turun ke laut untuk scuba diving. Dah ada lesen kalau terperap je dalam wallet nak watpe kan. Jadi macam yang saya katakan untuk langkah awal bulan Februari nanti akan dive lagi =). Saya juga tengah survey untuk up-kan lesen dive saya ke Advanced Diver. Doakanlah saya ye.
Saya harap sangat tahun 2013 nih saya telah disahkan jawatan. Harap sangat-sangat huhu. HR tolonglah cepatkan sikit saya punya pengesahan tuh.Kalau dah sah...boleh survey nak beli rumah heeee....dan bila sudah disahkan bolehlah saya merancang strategi untuk kenaikan pangkat dan sambung belajar pula. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Harap dapat achieve 2 perkara utama itu sebelum umur 30 tahun. Amin.
Saya juga dikelilingi dengan keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa
menyokong saya. Terima kasih!. Paling best kawan-kawan saya merupakan
individu yang saya lihat tiada "penyakit hati" yang membuatkan saya
senang dan amat selesa sekali bersama mereka. Susah sebenarnya jika kita
berkawan dengan individu yang sentiasa berfikiran negatif, buruk
sangka, dengki nih. Jauhkanlah ye!
Wow...harap semuanya berjalan dengan baiklah kan. 2013 please be nice to me plisssss.
Semoga saya dan anda semua dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan terus meningkatkan prestasi diri. Tak kira lah sama ada sebagai anak, pekerja, ibu atau nenek. Hehehe. Tingkatkan prestasi dari kerjaya, kewangan, kehidupan..harapnya lebih bahagia. Amin.
Okay time to go home. Selamat menyambut tahun baru! Adik-adik..anak dara jangan keluar rumah malam nih pegi tengok konsert berduan-duaan yee hehe..nasihat daripada kakakmu ini. Malam tahun bari nih macam-macam boleh jadi. Esok...selamat bercuti dan bangun lambat! Yippieeee.
Love
A wonderful 2012 indeed..:)
ReplyDelete