Salam
Selamat bercuti sempena tahun baru. Apa program anda untuk hari ini?. Mesti ada yang tengah shoping untuk keperluan sekolah anak-anak.Sesi persekolahan pun akan bermula kan. Selamat belajar buat adik-adikku. Kalau sekolah dah buka nanti maknanya jalan pun dah mula sesak balik. Kena keluar awal pagi la macam nih huhu.
Saya lepak di rumah saja. Nothing to do. On tv3 ada rancangan Wanita Hari Ini. Tengok topic menarik pulak. Bagus untuk santapan minda hari ini hehe Wanita Bekerjaya 2013. Tetamu bukan calang-calang orang. Cik Aireen Omar CEO Air Asia dan Prof Dr Datin Sabitha Pensyarah dari UM. Sambil tengok rancangan nih sambil bermonolog I wanna be like her! I wanna look like her!
Saya suka pada gaya, cara percakapan dan idea-idea yang dilontarkan oleh mereka. Sangat kagum!Dengan nada yang lemah lembut gaya yang cukup sophisticated (perghh) adorable! Tips yang diberikan dapat saya dan anda semua praktikkan untuk lebih majukan diri dan kerjaya bagi tahun 2013 ni. Antara tips yang diberikan adalah :
1. Ikhlas ketika bekerja
2. Down to earth
3. Kerja kuat
4. Bekerjasama
5. Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Rajin bekerja
7. Doa
Semua tips di atas selalu saya dah dengar cuma diri sendiri saja yang belum praktikkan betul-betul. Nombor 5 yang kadang-kadang menjadi penghalang saya dalam melakukan sesuatu. Jom ubah diri! 2013 is my year!
Love
No comments:
Post a Comment