Monday, December 31, 2012

1 Januari 2013

Salam

Selamat bercuti sempena tahun baru. Apa program anda untuk hari ini?. Mesti ada yang tengah shoping untuk keperluan sekolah anak-anak.Sesi persekolahan pun akan bermula kan. Selamat belajar buat adik-adikku. Kalau sekolah dah buka nanti maknanya jalan pun dah mula sesak balik. Kena keluar awal pagi la macam nih huhu.

Saya lepak di rumah saja. Nothing to do. On tv3 ada rancangan Wanita Hari Ini. Tengok topic menarik pulak. Bagus untuk santapan minda hari ini hehe Wanita Bekerjaya 2013. Tetamu bukan calang-calang orang. Cik Aireen Omar CEO Air Asia dan Prof Dr Datin Sabitha Pensyarah dari UM. Sambil tengok rancangan nih sambil bermonolog I wanna be like her! I wanna look like her!

Saya suka pada gaya, cara percakapan dan idea-idea yang dilontarkan oleh mereka. Sangat kagum!Dengan nada yang lemah lembut gaya yang cukup sophisticated (perghh) adorable! Tips yang diberikan dapat saya dan anda semua praktikkan untuk lebih majukan diri dan kerjaya bagi tahun 2013 ni. Antara tips yang diberikan adalah :

1. Ikhlas ketika bekerja
2. Down to earth
3. Kerja kuat
4. Bekerjasama
5. Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Rajin bekerja
7. Doa 

Semua tips di atas selalu saya dah dengar cuma diri sendiri saja yang belum praktikkan betul-betul. Nombor 5 yang kadang-kadang menjadi penghalang saya dalam melakukan sesuatu. Jom ubah diri! 2013 is my year!

Love

Bye-bye 2012....Hello 2013

Salam

Today is the last day of 2012. Jadi esoknya adalah 1 Januari 2013. Cepat betul kan masa berlalu. Sudah penghujung 2012 pun. Jadi bila dah nak masuk tahun baru nih ramaila antara kita akan muhasabah balik apa yang pencapaian yang telah diperoleh pada tahun 2012. Lepas tuh mula aturkan balik azam serta impian yang ingin dicapai pada tahun 2013 nanti. 

Tahun 2012 nih Alhamdulillah tiada yang sangat mencabar yang berlaku pada kehidupan saya. Semuanya baik-baik sahaja. Dan diharapkan tahun 2013 pun akan berlaku baik terhadap saya harapnya. Insha Allah.

Tahun 2012 meninggalkan kenangan yang sangat bermakna, manis, happy, cool!, excited, apa lagi?? Hehee..Alhamdulillah..

Paling tidak diduga saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011 pada bulan April 2012. Syukur. Kerja-kerja saya telah dinilai dan dihargai oleh majikan. Segala penat lelah kena bekerja pada hari minggu berbayar bila saya menerima anugerah ini. Terima kasih bos dan rakan-rakan ofis! Gembira sangat-sangat. Dan saya tahu ini dinamakan rezeki dan juga doa serta restu buah hati saya.....Mak dan Abah =)


Menerima APC dari KSU KPKT (sila abaikan saiz ketara saya dengan Datuk KSU)

Tina dan Raudhah...mereka bersama saya sejak dari tragedi C27! Thank you babe!

Dalam bulan April jugak saya secara rasminya telah menjadi seorang Penyelam Wanita! A DIVER bebeh! Ohsemmmmm (maafkan saya jika terlalu poyo untuk gembira!)...Scuba Diving merupakan sukan air yang saya memang nak ceburi sangat-sangat-sangat-sangat! Dan saya buktikan saiz bukanlah suatu masalah! Saya gemuk! Tapi saya seorang Certified Diver! Oh Yeahhhhhh. Saya dan rakan-rakan ke Pulau Perhentian untuk kursus mengambil lesen selam skuba selama 4 hari di sana. Pengalaman yang sungguh luar biasa dan indah sekali! Lesen skuba saya di bawah SSI. Pengalaman melihat misteri kehidupan laut..SubhanaAllah...cantik sungguh. Rasa diri terlalu kecil. Bila orang tanya apa yang bestnya scuba nih? Jawapan saya " You can fly in the water bebeh!" Hehehe bila dalam laut saya rasa tenang sangat-sangat. Enjoy!..Saya merupakan seorang Open Water Certified Diver! Heh..ulang sekali lagi tuh. Ohhh bulan Februari 2013 nanti saya nak dive lagik.Inshaa Allah..di mana? Tungguuuu.




Weeeee..like I said..You can fly in the water!


Mummy Dida yang sporting!

Wek-wek Divers!

Ini betul-betul tengah laut

With my buddy


Pengalaman yang paling bermakna dalam tahun 2012 adalah saya telah diberi peluang dan rezeki untuk menjejakkan kai ke negara Matahari Terbit - Jepun Saya telah berangkat pada 16 - 21 Julai 2012. Saya ke sana atas urusan tugas rasmi mewakili Jabatan saya untuk Seminar Pengurusan Sisa Makanan. Saya telah membentangkan kertas kerja mengenai pengalaman kita di Malaysia bagaimana pengurusan sampah dilakukan dan juga sokongan kita terhadap kaedah pengkomposan yang boleh menguraikan sisa makanan menjadi kompos yang boleh digunakan untuk menambah baik struktur tanah. Jika sisa makanan dapat dikurangkan dilupus ke tapak pelupusan dalam masa yang sama kita mmbantu mengurangkan kos pengurusan sampah serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusa. Untuk pengetahuan korang sisa makanan antara penyumbang terbesar pembebasan gas karbon oksida dan metana yang mengakibatkan peningkatan suhu dunia Dan kita juga mempunyai 296 tapak pelupusan. Jika kita dapat "menarik" atau mengurangkan jumlah sisa makanan dilupuskan ke tapak pelupusan sumbangan kecil itu sudah cukup dapat memelihara alam sekitar. Begitu juga kaitannya dengan amalan kitar semula. Faham murid-murid? Hehehe

Saya ke Kitakyushu sebuah bandar yang terletak di Fukuoka. Komuniti di bandar ini telah mengamalkan kaedah pengkomposan 30 tahun yang lalu. Benarlah daripada apa yang saya baca dan tonton di tv Negara Jepun merupakan sebuah negara yang bersih....saya rasa atas jalan raya pun nak cari setompok pasir dan batu-batu kecil pun susah. Kalau nak berjalan tanpa memakai kasut atau selipar pun boleh! Selesa haha. Orangnya pun sangat ramah dan sopan. Apa yang menariknya setiap kedai runcit atau pasaraya yang saya kunjung akan ada tong kitar semula. Di setiap mesin air pun akan ada tong kitar semula. Yang menariknya tong kitar semula di sana saya perasan ada untuk used cooking oil, lampu pendaflour, penutup botol.

5 hari di sana merupakan pengalaman yang sungguh bermakna! Pihak penganjur bawa kami peserta ke kilang kitar semula, komuniti yang aktif dengan kompos nih, serta teknologi terkini yang boleh memproses sisa plastik ke biodiesel. Terima kasih bos! Bila tahun la pulak saya nak sampai ke sana lagi Owh yang bestnya pada hari akhir perjalanan saya pulang ke Malaysia merupakan 1 Ramadhan. Ada jugakla pengalaman berpuasa dan berbuka di atas kapal terbang hehehe. Alhamdulillah.




Bersama Mayor Of Kitakyushu





Masa nih berdebar sebab kena tanya soalan haha

Ada bakat tak? Hehe

Kilang pengasingan barang-barang kitar semula

Kompos yang telah diinovasi

Perbincangan

Melawat Environment Museum

Itu merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tahun 2012 nih lah. Yang kecik-kecik tuh adalah tapi tak payah la nak berceghita kat sini kan.

So perancangan tahun 2013 jugak saya kalau boleh at least 2 kali setahun turun ke laut untuk scuba diving. Dah ada lesen kalau terperap je dalam wallet nak watpe kan. Jadi macam yang saya katakan untuk langkah awal bulan Februari nanti akan dive lagi =). Saya juga tengah survey untuk up-kan lesen dive saya ke Advanced Diver. Doakanlah saya ye.

Saya harap sangat tahun 2013 nih saya telah disahkan jawatan. Harap sangat-sangat huhu. HR tolonglah cepatkan sikit saya punya pengesahan tuh.Kalau dah sah...boleh survey nak beli rumah heeee....dan bila sudah disahkan bolehlah saya merancang strategi untuk kenaikan pangkat dan sambung belajar pula. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Harap dapat achieve 2 perkara utama itu sebelum umur 30 tahun. Amin.

Saya juga dikelilingi dengan keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih!. Paling best kawan-kawan saya merupakan individu yang saya lihat tiada "penyakit hati" yang membuatkan saya senang dan amat selesa sekali bersama mereka. Susah sebenarnya jika kita berkawan dengan individu yang sentiasa berfikiran negatif, buruk sangka, dengki nih. Jauhkanlah ye!

Wow...harap semuanya berjalan dengan baiklah kan. 2013 please be nice to me plisssss.

Semoga saya dan anda semua dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan terus meningkatkan prestasi diri. Tak kira lah sama ada sebagai anak, pekerja, ibu atau nenek. Hehehe. Tingkatkan prestasi dari kerjaya, kewangan, kehidupan..harapnya lebih bahagia. Amin.

Okay time to go home. Selamat menyambut tahun baru! Adik-adik..anak dara jangan keluar rumah malam nih pegi tengok konsert berduan-duaan yee hehe..nasihat daripada kakakmu ini. Malam tahun bari nih macam-macam boleh jadi. Esok...selamat bercuti dan bangun lambat! Yippieeee.

Love




Tuesday, December 25, 2012

Tiba-tiba rajin....

Salam
Hari ini cuti umum sempena perayaan hari Christmas so plan nya nak pi jalan-jalan la. Dari semalam lagi teringin nak joging kat Taman Wetland Putrajaya.Cehhhh JOGING haha. Saja la joging sebabnya dah boring asyik keluar tengok wayang saja.

Pagi nih siap-siap awal pagi...start enjin terus ke destinasi yang dituju bersama Mr K.Okay la tempat bolehla untuk joging-joging ambil angin hihihi.

Dah habis joging balik rumah tido balik hahahaha hampeh!

Wednesday, December 5, 2012

Akhirnya...

Salam

Yesss akhirnya dapat juga saya rasa dan makan dengan puas hatinya makanan yang telah dicari-cari selama ini. Alhamdulillah.Burppp

Ninnndiiaaaa Burger Bakar Kaw-Kaw cawangan Puchong. Sudah lama mencari yang paling dekat dengan rumah.Yang saya tau ada satu di Wangsamaju tapi macam jauh pulak nak ke sana semata-mata nak makan burger.

Ye tau laa benda nih dah lama femes..saya je agak ketinggalan nak merasa benda nih. Saya try single cheezy beef burger..kenyang...daging burger agak juicy...sedap la..puas hati la makan.

So lepas nih dah tau lokasi bolehlah singgah selalu hehehe