Salam
Selamat berhujung minggu.Hari ini dah Ahad esok kembali kerja untuk full 5 hari. Last week kan keja cuti keja cuti sempena Deepavali dan Maal Hijrah. Saya percaya mesti ramai kan yang ambil peluang nih untuk bercuti or pulang ke kampung halaman. Saya hanya ambil cuti on Monday then sambung ke Deepavali.
Mak dan abah dah selamat pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah haji. Syukur Alhamdulillah. Memang abah dah niat lama lepas bersara harap dapat ke tanah suci. Tak sampai 3 bulan abah dah bersara dapat surat jemputan dari tabung haji. Ini dinamakan rezeki. Alhamdulillah...
Tengah hari tadi saya menonton rancangan Jalan2 Cari Makan tv3. Tempat makan yang dituju ialah Ina Jaguh Kampung di seksyen 7 Shah Alam. Kebetulan belum breakfast dan dah tengah hari pun tengok plak harga berpatutan terus call Enchek Rango ajak lunch sekali.
So dalam pukul 2 macam tuh kitaorang menuju ke Shah Alam. Pusing2 jumpa jugak kedai tuh tapi dah namanya pun baru keluar tv ramai la plakkkkk orangnyaaaaa.
Perut pun dah lapar yang teramat last2 hmmmm Wong Solo Seksyen 7 jugak lah yang dituju. Order ayam penyet. Penyet pun penyet lahhhh.
Jemput makan and take care!
No comments:
Post a Comment