Friday, June 8, 2012

KepadaNya kita kembali...

Al-Fatihah

Malam tadi dapat mesej dari Hetty (officemate) :
"Al-fatihah .. En Amad Mahmud telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..sama-sama kita doakan rohnya dicucuri rahmat" Amin.

Ex-bos aku semasa di Bahagian yang lama sakit sejak tahun 2010. Darah beku di otak kalau tak silap aku. Dimasukkan ke hospital sejak hari Selasa disebabkan koma. Tetapi tiada siapa menduga ajal dan maut telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sejak arwah mendapat rawatan pada penghujung tahun 2010, kesihatan arwah semakin pulih. Kembali bertenaga untuk bekerja. Tetai telah ditentukan...kembali kepada PenciptaNya.

Apa yang aku terkilan baru time lunch tadi aku dan kawan-kawan opis sembang pasal arwah. Macam mana kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital sebab koma. Owh..arwah telah bertukar ke pejabat Johor sebenarnya jadi tiada kesempatan untuk kami pergi melawat.

Aku post kan dalam blog nih mohon sesiapa yang membaca dapat bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah atas dasar saudara sesama muslim.Terima kasih. Al-Fatihah.



Dalam kenangan.....En Amad Mahmud (baju melayu putih)


Friday, June 1, 2012

Tudung

jum kemas

Salam
Buat apa on this weekend? Saturday morning bangun je terus teringat nak kemas almari tudung. Sebab keadaan DI DALAM almari tudung sangat lah tenat. Tuan empunya malas nak lipat2 tudung selalunya lepas basuh main campak dan sumbat saja tudung dalam almari. Bila time nak pakai mula korek2 dalam almari tuh cari tudung yang nak di pakai. So rasa nak susun tudung nih ikut color dan jenis. Sepatutnya lipat2 tudung nih dalam masa sejam dah siap. Tapi aku dah nak dekat pukul 2 pun tak habis2 lipat lagik. Sekarang dah setat on internet plak. Dh on9 fb and blog. Pukul berapa mau siap kemas daaa -_-

Thursday, May 31, 2012

Baik-baik sajakah?

Salam

Will be back for blogging. Lama sangat dah tinggal nih. Banyak sangat benda nak cerita. What a really miracle year 2012 for me =) . Syukur Alhamdulillah. Coming soon. Sabar ye

Finally...InsyaAllah

Officially a DIVER =)

Sunday, January 29, 2012

When less is more...

Salam

Wow aku percaya mesti ramai tengok Anugerah Juara Lagu 26 malam nih kan. Resultnya sudah keluar and tak menepati langsung apa yang aku teka. Ingatkan Beribu Sesalan or Sedetik Lebih yang juara. Takpe lah pape pon Hafiz rezeki ko lah malam nih.

Apa yang menarik perhatian aku adalah outfit dan persembahan si dak Hafiz nih. Simple =) . Menang 30 ribu sangat lah save cost hehehe. Cuma bayar si Herman Tino je kot untuk flight balik. Hehehe ampun. Hafiz hanya menggunakan kekuatan vokal dia je tanpa perlu persembahan yang berat2 atau persembahan yang ntah apa-apa. Memang layak untuk Persembahan Vokal Terbaik.

But for my personal view aku paling suka Jaclyn Victor. Untuk lagu Sedetik Lebih...baju dia dengan diamond bling2 and plus her not-very-heavy-makeup sangat cantik atas stage. Dia nyanyi pun best. Syahdu sangat =)

Nih dah kenapa aku nak mengomen pasal AJL plak nih hehhe. Saja. Opssss lagi satu yang paling suka adalah keseluruhan makeup malam nih. Hanya tumpu for eyeliner and very the merah menyala lipstick without any heavy colours of eye shadow. I loike! Nak pakai macam tuh la gi office nanti hehehe. Credit to Yuna - her face sangat elegance. Orang komen pasal lagu yang kau nih Bee pi komen pasal makeup plak dah! Derrr!

Ok esok kerja. Jum tido!
Nyte2.

Friday, January 27, 2012

SABTU

Salam

Selamat pagi. Sabtu lagi. Hari nih aku gagahkan diri bangun pagi. Terus on TV. Rasa takmau mandi lagi. terus rasa nak breakfast meggi. Hahahaha.

So? Apa plan for today? Hari nih dan esok Ahad aku tak mau ke mana. Nak dok rumah ja. Rumah dah berminggu-minggu tak kemas. Dari cuti Krismas sampai la hari nih. Dah asyik weekend je balik kampung mana sempat nak mop rumah apa bagai. Alasan!

Aku rasa macam nak masak plak coti-coti nih. Nak masak resipi baru. But still tak boleh decide lagi nak masak apa. Blogwalking sana-sini cari idea. Google resipi. Sedang tengok channel 703 asian food channel - resipi buat cupcake. Takkan nak buat cupcake. Mesin nak pukul telur pun tade macam mana telur nak kembang. Huhuu.. Spagetti lagi? Hmmmm rasa macam dah muak dan bosan. Owh semalam lepas opis aku singgah pasar malam kejap. Aku beli ikan selar, udang, sayur kangkung, brokoli, bunga kobis, kacang peas, tempe dan tauhu. Hmmm kalau ikut senarai nih masak biasa-biasa je . Goreng2 je dah cukup. Ehhhhh dah macam suri rumahtangga la pulak. hehe. Macam ramai je nak makan.

Takpe..keep on searching. Sekarang pegi mandi! Nanti InsyaAllah kalau aku dah masak aku update. Kalau aku rajin hehehehe


Happy weekend.
Bye!