Saturday, May 28, 2011

Sila Beratur

Lately nih aku selalu sakit kepala. Tak tau kenapa...sakit kepala sebelah kiri atas kening tuh. Very the mengganggu rutin harian aku huh!!. Nak kerja dan berfikir pun rasa macam tak selesa. Darah tinggi? Depress? Ntoh....nak drift pun susah -_- ! Minyak paling mujarab yang mesti ada dalam handbag aku TIGER BALM! cejuk + berangin.....

Blaa..bla..bla...apa yang aku merepek kat atas tuh ( tapi seyes beb tadi pon sakit kepala menyerang lagik! ). Rasa macam nak update tapi tak tau nak cerita apa. Nak menaip tapi tak tau nak menaip apa. Tapi still nak update jugak. Aku dah janji dalam entri yang lepas kan nak letak gambar-gambar dan cerita sikit mengenai scuba diving dan percutian ke Pulau Perhentian kan....nantilah...entri yang akan datang aku cerita ek.

Ok apa kaitannya dengan tajuk di atas tuh. Entah aku main letak je. Ehmmm aku teringat pasal nonton wayang. So kalau nak tengok wayang kena beli tiket. Kalau nak beli tiket kenalah beratur x gitu?

Bila aku survey wayang untuk bulan 5 nih haishh banyak sungguh movie-movie yang best. Rasa macam nak muvie marathon tapi takut pungkoq lenguh! Hahahaaa. Nih antara muvie wajib yang aku kena tengok!! -------->

Nur Kasih The Movie

Aku rasa semua dah tau kot keglemeran drama nih. Tapi aku nih bukanla pengikut setia tiap-tiap minggu hari Jumaat ngadap tv 3 tunggu drama bersiri nih. Mana sempat beb! Keja kat KL nak drive balik Puchong ko bajet boleh sampai rumah dalam masa 30 minit?? Jangan harap! Ok apa yang aku merepek nih?? So memandangkan drama bersiri nih sudah diuar-uarkan tersangatlah glemer jadi aku nih teringin lah sangat nak p nengok muvie Nur Kasih nih. Errrr aku bukan peminat tegar Remy Ishak or Tiz tuh ekkk hehehee.

Jadi rezeki aku la hari Sabtu yang sangat lah bertuah dapat g nengok muvie nih dengan untie aku ( untie aku suda booking aku seminggu yang lepas suwoh bawak dia g nengok muvie nih hihihii ). Ehmmm ok lah. Best. Crita dia tade lah mantap sangat tapi deymmm! macam mana air mata berlian aku nih boleh tumpah time nonton muvie nih! Kikikikiii...Muvie nih kalau mereka-mereka yang memang ikut drama dia kat tv3 mungkin akan cakap best la kot tapi bagi aku biasa-biasa je. Tapi biasa-biasa pun tumpah jugak air mata aku! Untie aku yang pengikut setia drama Nur Kasih nih pun air mata dia tak tumpah! Dan ulasan dia untuk muvie nih "awat tak best pon! Lambat!' Ahahahaha..apo-apo la mak cik! Yang paling suka dalam muvie nih adalah tudung-tudung yang dipakai oleh Nur Amina @ Tiz. Sangat cantik-cantik dan sweet je kaler-kaler dia. Dan ofkos adik Mia Sara ( belakon jadi anak Fizz Fairuz ) sangat cute miut ^_-







Lanun Of Caribbean

Yeahhhh!! At last aku sudah pun memiliki tiket cerita lanun yang tak dapat aku nengok minggu lepas akibat KEDEGILAN aku! So tarikhnya bila? Ofkos la Ahad yang damai pukui 12:15 p.m.! Kat mana? Rahsia nanti peminat misteri i follow i pulakss! perasan! hehehee...So seyes aku tak sabar nak g nengok muvie nih dengan Enchek Rango! Enchek Rango sila bersiap awal ye! Tanak berpusing-pusing cari parking macam last week lagi dah! =p ....Pirates of The Caribbean...pak cik Joni cant wait to see u! Theheheheee...







Kungfu Panda 2


Ahahahaha yang nih muvie wajib yang aku akan tengok! Tapi tak tau lagik bila nak g nengok. Macam yang aku tulih kat atas la..nak wat muvie marathon tapi takut pungkoq lenguh! So Panda Bear dating next week lah ye!



Karak

Ahaaa nih seyes muvie feveret aku! Citer hantu! Aku suka nengok citer hantu sejak zaman-zaman dolu. Hahahaa. Citer Karak...citer hantu highway kot. Confirm aku nak nengok muvie nih!



haaaa dah-dah la tuh ngadap blog. Yang tuh je aku nak cerita tuk kali nih. Ok..bye-bye..mau tido..esok Ahad..manfaatkan cuti wiken anda! ^_^ hehehe


Friday, May 27, 2011

OCEAN

really wanna go to this place NOW!!
.
.
.
yes
.
.
NOW !!


nak swimming puas-puas-puas-puas
.
.
.
nak swimming sorang-sorang
.
.
.
sorang-sorang best sebab TENANG


sangat tenang bila tengok laut
.
.
.
.
.
blue


hmmmmmmm
.
.
.
.
.
.




yeayyy !!!!
.
.
.
.
.
.
.
GILA !!

Sunday, May 22, 2011

Gigit Jari!!!

Huhuhuu...gigit jari aku semalam! Al-kisahnya aku dah pun menempah 2 tiket untuk menonton sambil makan pop-corn bersama Mista Rango muvie Pirates tuh ( deymmm!! ). Aku booking secara on-line hari Jumaat lepas. Aku booking kat Cineplex e@Curve kononnya mengikut riwayat aku tak ramai orang kat sana! Aku dengan girang hatinya sangatlah gembira sebab memang aku nak tengok sangat-sangat muvie nih!!

ok2....so kenapa aku gigit jari-jari ku??....Semalam opismate aku Erni ada buat majlis cukur jambul baby boy dia. Majlis setat selepas zuhur. So aku bajet pegi majlis Erni dulu la memandangkan muvie setat pukul 4:15 p.m. dan tiket kena kutip one hour before. Aku dah plan baik punya dan inform Mista Rango planning baik punya aku tuh! So memang dalam pukul 2 aku n Mista Rango sampai di rumah Erni. Sampai je majlis tengah berzanji smbil2 baby dah dibawa mengelilingi tetamu untuk potong rambut dia (betul ke?? heheh)..lepas tuh acara makan-makan pun bermula..Erni : kari kambing sangat marvellous!! Aku dan Mista Rango makan ala-ala malu tapi dalam hati nak je tambah nasi nak ratah kambing tuh hahahahaaa..So lepas peyut pun kenyang tali kecapi apa bagai kami pun minta diri nak balik.


Memandangkan umah Erni kat Mutiara Damansara amatlah sangatlah dekatlah yang amat e@curve tuh!!! Dalam pukul 3 lebey kami gerak dari rumah Erni. Yang jadik drivernya aku =) so aku dengan confidentnya lah memandu ala-ala orang yang dah expert jalan-jalan kat area KL nih! Smooth je wa drive cakap lu! Isunya di sini aku nak parking di e@Curve jugak! jugak! jugak! Mista Rango bagi cadangan parking kat IKEA sbb semaalam kan Ahad so ramai orang! Aku tanak sebabnya MALAS NAK JALAN! Disebabkan kemalasan aku dan aku pun tak nak parking kat IKEA so aku cari jalan jugak nak parking kat e@curve! Sampai je dekat parking tuh ada signboard yang sangat menyakitkan hati aku! PARKING FULL cehhh!!

Mista Rango still dengan cadangannya suh parking kat IKEA n dia cakap tak jauh pun nak berjalan! Aku tak nak jugak! jugak! sebab aku rasa jauh nak jalan! (punya malas!) dan aku punya alasan adalah IKEA dan the Curve tuh tak sama tempat dan bangunan! Tergelak Mista Rango dengar hujah aku tuh!! Dia dengan hujah beliau mengatakan antara IKEA dan e@curve tak jauh dan aku dengan kedegilan aku =p!! ( time nih jam dah pukul 3:30 p.m. )

So memandangkan parking situ dah full so aku nak parking kat The Curve kot-kot la ada parking dan aku rasa klu parking situ dekat skit nak jalan. Nak tau tak?? Aku boleh dok pi buang masa masuk keluar parking The Curve tuh lebey kurang 3 kali dan aku rasa adik yang jaga parking tuh dah cam keta aku =p and aku still tak nak parking kat IKEA! Sampai dah memang give up tak de parking n memang decide nak balik je! ( time nih dah pukul 4:10 p.m.!!!! )

Korang ingat dah pukul 4 lebey tiket aku ada lagik ke???? Hampeh!! MIsta Rango dah diam sejak dari kali kedua aku keluar masuk parking The Curve =p!!! Alang-alang dah sampai aku tak nak balik nak jugak at least window sopink kat situ then maybe hati aku telah terbuka untuk parking kat IKEA hehehheheee....so lepas pusing 2 3 kali ada satu parking kosong kat IKEA tuh =) ..... ( time tuh dah 4:40 pm ;( )

So ibarat pemandu pelancong a.k.a GPS bergerak Mista Rango dengan machonya menunjukkan arah dari IKEA nak ke e@curve tuh! Ehmmm okay!! mengaku!! tak sampai 10 minit pun nak ke situ!!!! AArrghhhhhhh ddeeyymmmmm rasa nak jerit dengan keb****an aku theheheheeee...tapi aku control lagik...kesimpulannya muvie tinggal muvie sajo lah!! sekarang nih pun aku masih berhempas pulas nak booking tiket! Pirates dengan Kungfu Panda sekali gus!!!

Tak jadik tengok wayang petang semalam lepas round-round tanpa arah tuju pegi makan kat SS2 Murni. Aku bantai mee raja dan mango special..Mista Rango bantai Ciken Napolean dan air Poison...makan sampai kenyang! puas hati!

Kesimpulannya jangan degil dan dengar cakap orang yang lebih berumur! Jangan buat-buat pandai! Sekian






see you this week Joni!

My New Passion! Part II

Hye

Part II pulee hehee. Entry yang lepas aku ada tulih berkenaan dengan pre-scuba kan. Dan untuk entri kali nih aku nak tunjukkan apakebendanya equipment yang perlu kalau kita nak scuba nih. Equipment yang aku nak tunjuk kat bawah nih adalah basic nye equipment. Contoh macam aku lah..baru nak berjinak-jinak dalam skuba nih. So meh kita tengok apa equipmentnya :

1. BCD ( Buoyancy Control Device ) - nih lah yang aku cakap macam beg skolah tuh hehee.... benda nih adalahh tempat untuk kita bawa tong udara. Dan fungsi dia jugak adalah untuk bantu kita masa nak tenggelam ke dalam air tuh. Adalah caranya nak mengisi udara kalau nak tenggelam dan kalau nak timbul balik pun ada caranya jugak. Untuk aku opkos la kena saiz yang besar punyeeeeee heheheheee..




2. Mask - benda wajib ada kalau tak mata akan pedih dan merah =)
3. Regulator - Benda nih adalah untuk pernafasan. Pakai benda nih kat mulut. Dalam skuba nih kena biasakan diri bernafas melalui mulut bukan hidung ye kawan-kawan. Bila pakai regulator nih rasa macam mulut tuh kembung-kembung skit hehehee.
4. Fin - Benda nih ala-ala duyung la kalau kita pakai heheheeee...Benda nih untuk membantu kita senang nak berenang-renang ala duyung dalam laut nanti. Pakai kat kaki tau benda nih.


Gambar kat bawah nih adalah kelengkapan yang lengkap sebagai seorang profesional divers. Equipment scuba nih seyes mahal beb! Tak mampu aku! tapi selalunya kalau beginner macam aku nih sewa je kat pusat-pusat skuba tuh. Lain la kalau aku dah rancang nak turun ke laut 5 kali setahun kena la ada kelengkapan macam bawah nih =)





Aku dalam 2 tahun akan datang......heheheee...InsyaAllah....

hye mista Rango! jgn jeles hehehee

Saturday, May 21, 2011

YOU...

i'm sorry

i'm not trying to change you...

i'm sorry if you feel 'uncomfortable'

i'm sorry if you feel 'it just not YOU'


I’m sorry for hurting you

I’m sorry I didn’t realise why

I’m sorry for not understanding you

I’m sorry for all those fights

I’m sorry for not trying

I’m sorry I didn’t try

I’m sorry if i'm not caring for you