Sunday, November 18, 2012

Hujung Minggu

Salam

Selamat berhujung minggu.Hari ini dah Ahad esok kembali kerja untuk full 5 hari. Last week kan keja cuti keja cuti sempena Deepavali dan Maal Hijrah. Saya percaya mesti ramai kan yang ambil peluang nih untuk bercuti or pulang ke kampung halaman. Saya hanya ambil cuti on Monday then sambung ke Deepavali.

Mak dan abah dah selamat pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah haji. Syukur Alhamdulillah. Memang abah dah niat lama lepas bersara harap dapat ke tanah suci. Tak sampai 3 bulan abah dah bersara dapat surat jemputan dari tabung haji. Ini dinamakan rezeki. Alhamdulillah...

Tengah hari tadi saya menonton rancangan Jalan2 Cari Makan tv3. Tempat makan yang dituju ialah Ina Jaguh Kampung di seksyen 7 Shah Alam. Kebetulan belum breakfast dan dah tengah hari pun tengok plak harga berpatutan terus call Enchek Rango ajak lunch sekali.

So dalam pukul 2 macam tuh kitaorang menuju ke Shah Alam. Pusing2 jumpa jugak kedai tuh tapi dah namanya pun baru keluar tv ramai la plakkkkk orangnyaaaaa.

Perut pun dah lapar yang teramat last2 hmmmm Wong Solo Seksyen 7 jugak lah yang dituju. Order ayam penyet. Penyet pun penyet lahhhh.

Jemput makan and take care!

Saturday, November 17, 2012

Long Time...

Salam
Yeayyyy at last dah dapat recover my password for this blog. It has been 4 month tak post apa-apa pun kat blog nih.

So malam nih try google on how to recover the password dan sebenarnya kejap je. Saya je yang tak tau nak mula dari mana huhu

Sambil-sambil tengok AIM malam nih sambil try on blog yeayyyy dah boleh blogging balik!

Akan menulis lagi...jumpa lagi hihi

Friday, July 13, 2012

My Wishlist...Alhamdulillah

Salam
I'm back! Yes. Its 3 am and still cant sleep. Sebab? Teruja! Heeeeee. Dari tadi blogwalking, searching, google apa-apa yang patut. Cari maklumat sikit untuk persediaan fizikal dan mental and of coz what to wear! <----- yeeee..but for what? Ada kaitan dengan entry yang lepas-lepas ( x ingat ) =p

Okek - okek serius!

Yang pertamo-tamo-nyo =) ...Alhamdulillah..syukur Ya Allah kerana aku diberi peluang dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke tempat yang memang ada dalam wishlist travel aku. Terima kasih kepada my sporty + energytic Pengarah Dr Mohd Pauze and my CEO Ybhg. Datuk Zaini yang percaya dengan kebolehan aku and of coz PELUANG yang diberi tidak akan aku sia-siakan. Owh yaa..thank you Gov. Of Malaysia =)

Dulu selalu jealous dengan kawan-kawan yang dapat sambung belajar ke sana. Geram tengok gambar-gambar yang di upload kat facebook. One day...aku akan sampai jugak ke sana! Yes..one day...semangat jealous yang positif! 

InsyaAllah aku akan bertolak pada 16 Julai 2012 ( Isnin ^_^v )..ke mana..untuk apa nanti aku cerita pada next entry.

Salam....ki wo tsukete!


Hajimemashite!

Friday, June 8, 2012

KepadaNya kita kembali...

Al-Fatihah

Malam tadi dapat mesej dari Hetty (officemate) :
"Al-fatihah .. En Amad Mahmud telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..sama-sama kita doakan rohnya dicucuri rahmat" Amin.

Ex-bos aku semasa di Bahagian yang lama sakit sejak tahun 2010. Darah beku di otak kalau tak silap aku. Dimasukkan ke hospital sejak hari Selasa disebabkan koma. Tetapi tiada siapa menduga ajal dan maut telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sejak arwah mendapat rawatan pada penghujung tahun 2010, kesihatan arwah semakin pulih. Kembali bertenaga untuk bekerja. Tetai telah ditentukan...kembali kepada PenciptaNya.

Apa yang aku terkilan baru time lunch tadi aku dan kawan-kawan opis sembang pasal arwah. Macam mana kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital sebab koma. Owh..arwah telah bertukar ke pejabat Johor sebenarnya jadi tiada kesempatan untuk kami pergi melawat.

Aku post kan dalam blog nih mohon sesiapa yang membaca dapat bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah atas dasar saudara sesama muslim.Terima kasih. Al-Fatihah.



Dalam kenangan.....En Amad Mahmud (baju melayu putih)


Friday, June 1, 2012

Tudung

jum kemas

Salam
Buat apa on this weekend? Saturday morning bangun je terus teringat nak kemas almari tudung. Sebab keadaan DI DALAM almari tudung sangat lah tenat. Tuan empunya malas nak lipat2 tudung selalunya lepas basuh main campak dan sumbat saja tudung dalam almari. Bila time nak pakai mula korek2 dalam almari tuh cari tudung yang nak di pakai. So rasa nak susun tudung nih ikut color dan jenis. Sepatutnya lipat2 tudung nih dalam masa sejam dah siap. Tapi aku dah nak dekat pukul 2 pun tak habis2 lipat lagik. Sekarang dah setat on internet plak. Dh on9 fb and blog. Pukul berapa mau siap kemas daaa -_-