Sunday, November 13, 2011

Sokk sekkk sokkk sekkkk

Salam

Esok dah Isnin..working day!!! Sangatlah tak suka. Kejap sunggo weekend minggu nih. Aku pun tak keluar g mana-mana. Weekend nih adalah minggu untuk aku rest n sleep n sleep n sleeppppp.
Tapi dari hari Jumaat lagi sorethroat suda melanda! Benci! Bila malam pulak selesema makin menjadi-jadi.

So memang sesuai la minggu nih minggu aku tido. Nak kata demam tak demam sangat. Tapi selesema dan sakit kepala nyut nyut nyut T_T sungguh la tak selesa weyhhhhh.

Dan minggu nih aku kena turun ke Kuantan Pahang untuk buat audit susulan. Aku akan bertolak petang esok jam 6 petang after opishour. Kena buat audit susulan dari hari Selasa sampai Rabu. Tak pasti lagi nak bermalam kat hotel mana kat Kuantan nanti. Sama ada Seri Malaysia atau Vistana. Aku lagi suka Vistana sebab bantal kat situ sangatlah the gebus-gebus dan breakfast kat situ pun sedap. My feveret sardin masak taucu makan dengan moi. Korang tau ke moi tuh apa? Moi tuh bubur nasi la.Orang utara panggil moi. =)

Cik Bee sangatlah pemalas yang amat nak packing barang tambah pulak dengan sakit kepala nih memang malas. Tapi ngadap tenet tidak mengapa yeee =p.

Baju pun tak habis basuh. Dah bertimbun kat tepi washing machine tuh. Dari stok sebelum raya korban sampai la ke hari semalam heh heh heh. Kalau ada mak aku nih sure kena kerahan tenaga.

Bilanya aku nak packing barang? Entah...rasa macam nak tido dulu.

Zzzzzzzzzzz....

Wednesday, November 9, 2011

Seruku bila?

Salam semua =)

Masih belum lambat lagik rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua >.<. Kepada yang buat majlis korban tuh Alhamdulillah..anda sebenarnya sudah melaksanakan sebahagian tuntutan di dalam agama kita..Islam... =)

Aku baru saja sampai ke bumi KL nih. Aku bertolak dari Alor Star semalam dalam pukul 11:30 malam. So pagi nih faham-faham sajala mood nak bekerja dan 'berbakti 'tuh takdakkkkkkk. Heheheh. Korang semua apa cerita menarik sepanjang cuti Hari Raya Korban yang lepas? Aku biasa-biasa saja. Lagipun cuti tak lama just ambil cuti tambahan hari Selasa dan Rabu. Ikutkan hati nak je sambung sampai Jumaat esok heheheh.

Aktiviti menarik tuh takdak la. Sehari sebelum raya, jiran aku Ku NoorDaniah bertunang =) . So sweet...setahun muda dari aku. Sempat aku usik cakap langkah bendul nih hehehee...Si Dani nih dari kecik-kecik adalah teman sepermainan aku cewahhhh. Game feveret kami Aci Ligan hehehe korang tau? Tapi bila pegi majlis pertunangan Dani tiba-tiba aku pun kecut perut jugak. What about me? Gulppp..tipula kalau aku cakap aku tak risau. Junior-junior aku pun ada yang dah nak dapat anak kedua. gulpp gulpp gullp dag dig dug....gatai! Apa-apa pown aku serahkan yang DI ATAS untuk menentukan perjalanan hidup aku. Tapi dalam masa yang sama aku kena usaha jugak. Lagi best cousin lelaki aku baru umur 24 tahun pun sama dah nak bertunang akhir bulan Disember nih. Ayaiyaiyaii hahaha..bikin gua tak senang duduk la hehehee. Ehhh actually i'm happy for them tau! Cuma seru aku tak sampai lagi. Sabar yee

Tetapi sebelum bergelar 'Puan' aku ada beberapa perancangan untuk hidup aku jugak. Perancangan untuk majukan diri aku, meningkatkan taraf pendidikan aku ke satu tahap yang lebih tinggi daripada apa yang aku miliki sekarang. InsyaAllah...doa-doakan aku yee. Aku bagi masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk diri aku dan Enchek Rango untuk majukan diri.

Haishhh apasal aku cakap bab tawin-tawin plak nih. Belum belum belum masanya lagi nih. Kuruskan badan aku dulu! Suriani Ridzuan...please help me...hehehee....( sila baca blog beliau thenotsoperfectgirl mengenai program diet hehe )

Sudah....tak payah nak meleret lama-lama entry nih.

Bye.


Monday, October 31, 2011

Party Dara Part I

Salam...dah dinner? hehehe

Hehehe kalau tengok tajuk entry macam kontroversi sikit kan? Hahaha nothing lah kawan-kawan. Parti Dara nih versi melayu..versi omputihnya plak 'Bachelorette Party'. Tapi bukan parti yang liar tau. Biasa-biasa saja =p .... just keluar dengan kawan-kawan rapat dan makan-makan and have fun!

So parti dara versi aku nih sebenarnya saja la nak meraikan bakal pengantin sebelum menjadi seorang isteri dan berstatus PUAN. Idea nih tercetus (perghhhhh...) bila salah seorang kawan rapat aku semasa belajar kat UPM dulu nak mendirikan masjid. So geng aku nih ada dalam 6 orang la. Jadi dalam 6 orang nih kawan aku si Maslia Manja adalah orang yang pertama kahwin dulu selepas grad. ( gatal ko ehhh...heheh jgn marah..). jadi kami semua plan nak buat something untuk Maslia Manja.

Jadi, tempat masa tarikh sudah ditentukan. Pada hari kejadian maka berkumpul lah kami 6 orang. Tempatnya tak jauh pun kat Seoul Garden IOI Mall jer. Acaranya tadaklah havoc sangat just makan-makan dan kebetulan pulak itu merupakan kunjungan kali kedua aku ke Seoul Garden maka perasaan jakun tuh masih menebal dalam diri bila makan kat tempat tuh. Hahahahhaaaa.....apela!



yeayyyy mari makan!


yeayyy mari memanggang.
Si Bakal Pengantin adalah bertudung putih bertentangan dengan aku bukan sebelah aku ( faham?)
=)


Ok ok..apa yang bestnya adalah acara kemuncak selepas masing-masing sudah isi perut dengan daging ayam ikan panggang apa bagai dan sebenarnya (macam lagu Yuna) sebelum hari kejadian, aku dapat idea yang notti hehe untuk kenakan si bakal pengantin nih. Aku punya idea adalah setiap orang dari kami nih kena beli satu hadiah kategori 18sx (yang sopan yee) untuk diberikan kepada bakal pengantin perempuan. hahahahha

Lepas je acara makan-makan, masing-masing dah tak sabar nak bagi hadiah yang kononnya 18** tuh =p. Semua dah keluarkan hadiah siap balut cantik-cantik lagik tau! Si Maslia Manja nih dah terkejut dan muka dia sangat lah excited sebab bakal dapat 5 hadiah hahahahahha!


shhhhh..aku dan hadiah misteri....heheheh


Apa hadiah yang kitaorang bagi? Ehhhh mana leh bagitau. Silap haribulan kena banned blog aku nih. Hahahhaa. Secara ringkasnya semua hadiah yang kami bagi tuh adalah kelengkapan untuk si Maslia Manja nih untuk menjadi isteri sejati. Hahahahha



Cehh cehhh aksi bakal pengantin yang malu-malu hahaha


tadaaaaaa.....tau ke?




Choppppp sebenarnya citer yang aku nak taip nih dah berlaku setahun yang lepas hihihiii saja la nak abadikan dalam belog nih dan akan ada Parti Dara Part II. Nantikan kemunculannya! Ahakssss


Hehehe..sambil-sambil tuh jum layan gambar kenduri kahwin Maslia Manja....owhh yeee...kami ada bagi hadiah yang betul-betul punya hadiah untuk Maslia Manja nih. Tapi aku tak ingat hadiah apa yang kitaorang bagi. Kalau tak silap aku blender dan toaster kot hehehehe.






ooppssss....who will be next dot dot dot?


heheheh...to be continued....

Sunday, October 30, 2011

Gambatte!!

Selamat pagi Malaysia! ^_^v

Salam semua. Macam mana weekend kamu? Penuh dengan aktiviti-aktiviti yang besh? Keluar dating? Pegi berkelah? Pegi beraya?Hehehe...aku percaya mesti ramai yang baru masuk kerja nih disebabkan cuti Deepavali minggu lepas. Mesti ada yang sambung cuti kan? So selamat kembali bertugas uolss!! To my officemate Dila selamat pulang ke tanah air setelah dua minggu berada di negara matahari terbit untuk melihat pengurusan samaph di sana..opsss ada ole-ole untuk aku tak? hihiiiiii

Trafik pun sudah kembali kepada mode 'normal' sekolah pun dah bukak hari nih kan. Minggu lepas best gilerrr drive sebab jalan sangat lengang. Aku sampai office pun awal gilerrr dalam pukul 7.15-7.30 aku dah sampai.

As for me, hari ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bos aku pun baru masuk ofis hari nih. Perlu selesaikan tugas yang telah diamanahkan kepada aku cewahhh. Tapi sempat lagi hendak menaip di blog nih heheheh. Sambil berblog nih sebenarnya aku dan officemate sedang berlatih untuk pertandingan KIK yang akan berlangsung pada 2 November nih. Dan pada hari yang sama jugak aku ada demonstrasi kaedah pengkomposan Takakura Home Method di salah sebuah kolej swasta berdekatan dengan Kajang. Nanti aku story-story ye apa itu pengkomposan kaedah Takakura Home Method.

So..mari kita mulakan tugas. Semoga hari ini adalah lebih baik daripada minggu lepas. Aku harap hari ini aku dapat bekerja tanpa ada langsung perasaan hasad dengki, perasaan buruk sangka, sikap untuk menjatuhkan orang lain dan semua sikap-sikap negatif. Minta dijauhkan semua sikap negatif itu daripada diri aku, keluarga dan kawan-kawan aku.

Mari sama-sama kita terapkan semangat yang positif dalam diri dan sentiasa bersemangat untuk majukan diri. Saling berkongsi ilmu and always smile =)

Sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan anda =)

Mista Rango....miss you =)




Saturday, October 29, 2011

Lebih matang...mungkin?

Salam

Kembali menaip kembali. Aku nih memang sangat rajin menukar blog backgrounds ke blog header ke. yang tuh aku memang sangat rajin. tapi nak menaip memang sangat malas. kalau malas baik tak payah ada blog kan? Hehehee kidding...

Bye.....

*tuh je???